Friday 24 February 2012

Arsenal 125 Tahun - Sejarah Pasti Berulang

oleh : John Labu

Tahun ini tahun ke 125! Satu tempoh yang agak panjang dan penuh dengan sejarah serta nostalgia mendalam. Segala pahit manis selama lebih seabad ini dimemorikan dalam satu upacara sambutan pada hari match day ketika bertemu Everton di Emirates Stadium. Perlawanan dimana RVP10 memecahkan rekod penjaring terbanyak Arsenal dalam kalendar tahunan milik Thierry Henry. Satu gol sub volley yang setiap kali gua tengok balik, meremang segala bulu roma!

Dan sebagai simboliknya pada match tersebut, pengadil, Howard Webb telah menggunakan duit syiling sixpence sebagai lambungan sebelum sepak mula. Ini sebagai memperingati sejarah penubuhan Arsenal FC, di mana 15 pekerja/buruh kilang Woolwich Arsenal Armemant Factory( salah satu dari 3 The Royal Arsenal yang utama pada ketika itu) pada 1886 di Woolwich sanggup melabur sixpence setiap seorang demi menubuhkan satu pasukan bola sepak yang pada ketika itu dikenali sebagai Dial Square sempena tempat kilang itu didirikan. Dan selepas itu dari Dial Square FC, nama ditukarkan The Royal Arsenal sehinggalah pada 1891, ia dijenamakan semula dengan nama tempatan, Woolwich Arsenal.

Sixpence atau six pennies kini bersamaan 2 setengah pennies

Kilang Senjata - Woolwich Arsenal

Selain dari persembahan orchestra dan pancaragam dari pasukan tentera diraja di luar perkarangan Emirates, kehadiran para lagenda serta diberi guard of honor, lambungan syiling sixpense, Arsenal jugak pada matchday itu memberi penghargaan kepada Nottingham Forest. Jadi apa kaitan Nottingham Forest dengan Arsenal sebenarnya? Ya segalanya bermula di sini....

Siapa dia antara 15 orang tadi? David Danskin (pada match vs Everton tersebut, cicitnya diberi penghargaan bawak match ball ke padang), dari Kirkcaldy memang pekerja asal Kilang Arsenal di Woolwich. Berbangsa Scotland tapi cuba membawa pengaruh sukan sepak bola di tempat yang lebih terdedah kepada ragbi dan kriket pada masa itu. Dia dibantu 3 orang lagi kawan Elijah Watkins, John Humble dan Richard Pearce untuk melaksanakan impiannya.

Penghijrahan ke Woolwich oleh 2 pemain Nottingham Forest, Fred Beardsley dan Morris Bates, menambahkan lagi semangat Danskin untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak tempatan sendiri. Frederick William Beardsley adalah anak jati kelahiran Nottingham dan berkerja di sebuah kilang di sana dalam masa yang sama merupakan penjaga gol untuk Nottingham. Oleh kerana minat yang mendalam teramat sangat terhadap bola sepak, si Beardsley ni selalu laa mengular amek MC ponteng la segala bagai semata-mata hanya kerana nak main bola sehingga dia hilang punca pendapatan akibat dibuang kerja. Tragedi itu membuatkan dia memilih untuk berpindah mencari kerja di Woolwich, bekerja di sebuah gudang senjata. Di sinilah dia bertemu Danskin dan Humble serta mengutip derma kilat dari 12 yang lain membentuk sebuah team bola dengan nama Dial Square FC.

Beardsley sendiri menjadi penjaga gol dalam perlawanan pertama bagi kelab ini bertemu Eastern Wanderers dengan kemenangan 6-0. Result yang gemilang untuk membuka lembaran sejarah bukan? Dalam masa yang sama, oleh kerana pada masa itu status masih lagi pemain amatur, Beardsley sempat jugak kadang kala beraksi bersama pasukan kampungnya Nottingham Forest. Ulang alik punya ulang alik inilah pada ketikanya dan kesempatan Beardsley untuk 'meminjam' jersi merah gelap/maroon Nottingham Forest pada ketika itu untuk dipakai pula oleh Arsenal untuk perlawanan bola. Orang dulu bukannya senang, Sekarang jek dah boleh beli jersey gred AAA kat Rantau panjang atau Padang Besar buat jadi jersi team futsal. Hahahaa... itu pasal lah kaler kita dulu merah gelap, kalau ingat sewaktu musim terakhir di Highbury 2006 dahulu, warna ini telah dinaikkan semula sebagai warna jersi bagi menghormati sejarah. Kira Encik Berdsley ni boleh dikatakan ahli komiti Arsenal yang sangat aktif pada waktu itu dan jugak boleh dikatakan merangkap pengurus Arsenal pada akhir 1890 an.

Pada waktu inilah Dial Square ditukar ke Woolwich Arsenal yang selepas itu disambung legasi pengurusannya oleh pengurus-pengurus lain seperti Jack Humble, Sam Hollis, Bill Par, Tomas Brown Mitchell, George Elcoat dan Harry Bradshaw. Selain Beardsley, ada jugak beberapa pemain /buruh kilang yg berhijrah membawa pengaruh Nottingham Forest yang menular sehinggga tertubuhnya Arsenal. Beardsley kalau tak silap yang pakai topi dalam gambar di bawah, masa ni dia dah tak main dah.

Skuad 1988 - Geng Abang Misai Kacak Bergaya

Seterusnya Arsenal di bawah nama-nama pengurus di atas meneruskan pembinaan legasi sehingga akhirnya berjaya menyertai divisen kedua pada 1913. Dan setahun selepas itu bermulalah era baru Arsenal apabila kita berpindah ke Highbury dari Manor Ground di bawah Henry Norris. Norris bersama-sama William Hall sibuk bersusah payah mencari tempat baru untuk Arsenal , kerana dengan penghijrahan sahaja kata Norris, Arsenal mampu diangkat ke next level (ingat ayat ni). Mulanya Arsenal diberikan option untuk bertapak di Battersea dan Harringay tapi tak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. Norris mahukan satu tempat di mana mampu menarik jumlah penonton dan boleh membina satu fan base yang besar. Mereka cuba untuk mengelak supaya terlalu dekat dengan satu lagi pasukan tempatan , Tottenham Hotspurs, tapi prospek yang begitu menarik dan strategik adalah terlalu sukar untuk ditolak lebih-lebih lagi ia berdekatan dengan salah satu underground station maka bersetujulah untuk stadium baru dibina di situ. Suatu situasi yang menimbulkan perasaan dengki, marah dan kurang senang di kalangan penduduk tempatan terutama mereka yang menyokong Spuds yang pada ketika itu bergandingan dengan satu lagi kelab tempatan Clapton Orient memfailkan bantahan di mahkamah. Tapi apakan daya, peguam pendakwaraya mereka mulut lebih kurang sama dengan fans mereka, cakap saja lebih isi atau fakta tadak, maka Arsenal dengan mudah menang kes tersebut dan dibenarkan terus kekal di Highbury. Perlawanan rasmi pertama Arsenal di Highbury berjaya dibuka dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester Fosse. Sekali lagi satu cara terbaik untuk memulakan akaun di tempat baru.

Skuad "The Arsenal" 1913 - perasan something pelik tak kat gambar ni?


Norris pada setahun selepas itu sudah mula mendapat hasil, 125,000 pound telah berjaya diperolehi untuk dilaburkan hasil dari tarikan penyokong ke stadium. Walaubagaimanapun, Arsenal perlu membayar hutang sebanyak 20k setahun dalam tempoh 21 tahun. JADI NAMPAK TAK CYCLE YANG BERLAKU DI SINI? PENGHIJRAHAN DARI MANOR GROUND KE HIGHBURY TAK JAUH BEZA SITUASI DENGAN HIJRAH DARI HIGHBURY KE EMIRATES! MOGA KITA MAMPU MENCARI YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT.

Ini memungkinkan kelewatan Arsenal untuk 'lambat panas' di atas padang walaupun wang bukan faktor segalanya. Kegemilangan Arsenal bermula agak lewat selepas itu hanya pada era 30-an di bawah pengurus, Herbert Chapman. Namun Chapman telah mencetuskan pelbagai revolusi hingga membawa kepada apa yang Arsenal ada pada hari ini. Kalau tidak masakan , dirinya diangkat sebagai lagenda tersohor ketika tugu dirinya, Adams serta Henry megah berdiri di perkarangan Emirates.



Sejarah penting untuk pembangunan, petunjuk dan survival bangsa. Jika tidak masakan Thailand sanggup mengupah para sejarahwan mereka untuk menulis kembali dan mencedok sejarah bangsa lain serta merekacipta satu sejarah baru untuk dikagumi oleh dunia. Dalam kes Arsenal, sejarah yang diceritakan di atas jelas menunjukkan bahawa situasi getir yang kita hadapi hari ini pernah kita lalui pada masa silam, iaitu tidak menang apa-apa. Sebabnya? Penghijrahan yang dikorbankan oleh keluarga besar ini. Penghijrahan demi kejayaan berterusan pada masa depan. Bukankah ini juga yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW?

Oleh itu, gua tidak mahu digelar bodoh dan buta dari sejarah lampau. Oleh kerana itu, biarlah tahun ini tahun ke tujuh kita tidak memenangi apa-apa. Gua redha sebab gua yakin dari apa yang diajar oleh sejarah, piala akan melayang dengan penuh kesyahduan ke dalam dakapan kita. Gua yakin, gua percaya dan gua tak akan berputus asa. SEBAB GUA DIDIDIK, KITA BOLEH SEDIH DAN KECEWA, TETAPI KITA TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA. KERANA ORANG MUKMIN ITU, TIADA ERTI PUTUS ASA DALAM DIRINYA!

COYG!

sumber : arsenal.com, arsenalaysia, kamus dewan
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Wednesday 22 February 2012

Activity: Futsal 23.02.2012

Salam Sejahtera.

Macam biasa la kan. Tak perlu nak tulis panjang-panjang.

Event : Futsal
Venue : Kompleks Sukan Batu Berendam
Hari : Khamis
Tarikh : 23.02.2012
Masa : 9.30 - 11.30 malam
Aktiviti : Weekly gathering

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Saudara Shafie (Penyayang) di 017 6189447, Saudara Ted di 013 2722644 atau Saudara Fizi di 017 3682430 untuk direction. Semoga futsal kali ni lagi meriah.

Sila la turun ramai-ramai. Ni kali ke 10 MG buat futsal. Nak diikutkan kali ke 14 buat kat area Melaka.

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Monday 20 February 2012

Bangang Si Abu

oleh : John Labu

Dua kekalahan berturut-turut. Satu kekalahan terbesar di pentas Eropah manakala satu lagi kekalahan di tangan kelab bawahan menyebabkan Wenger dihentak, dihentam, dibelasah dan dihina secukup-cukupnya. Tiada lagi kata-kata indah beralaskan sanjungan seperti mana ketika beliau membawa Arsenal menjadi satu jenama bolasepak yang cukup bergaya, cukup berjaya dan cukup seni suatu ketika dahulu. 7 tahun tanpa piala dianggap satu malapetaka yang cukup memalukan bagi ‘peminat setia la sangat puuiiiii’ Arsenal. Wenger dimandikan kata-kata nista dan hina. Apa yang tidak dilabelkan terhadap orang tua ini?? Nanyuk? Tak relevan? Kedekut? Gila? Sewel? Malahan hingga ada yang tergamak melabelkan beliau sebagai individu yang akan menjatuh dan menjahanamkan Arsenal...ingat perkataan ini.. ‘ menjahanamkan’...

Gua tidak berniat ingin mengulas tentang apa yang telah dilakukan selama beliau mengemudi Arsenal. Gua juga tidak berhajat untuk menceritakan detik suram 7 tahun tanpa trofi kelab ini. Sebab gua yakin kawan-kawan yang ada di Melaka Gooners sudah pun menjelaskannya samada di blog ini mahupun di facebook.

Kali ini gua ingin menyentuh tetang sikap bodoh dan kurang ajar yang tertanam dalam segelintir ahli Arsenal (serius gua malu bila ada fan arsenal yang mentaliti macam ni). Terutamanya yang menggunakan facebook KPTA Tetap Dihati puiiii yang dengan sukarelanya mempamerkan kualiti bangang mereka melalui makian, cemuhan dan kutukan tak berasas. Ada juga yang konon nak tunjuk pandai, tapi penghujungnya ayat-ayat yang ditaip tetap menghasilkan keputusan yang sama. Iaitu memang semulajadi bangang. Sampai kadang-kala gua gelak baca, memikirkan apa punya jenis makhluk la macam diorang tu. Perkataan bangang tu pun gua rasa lebih pandai berbanding apa yang mereka tonjolkan. Mana tak gua cakap bangang, orang dah bagi fakta, sebab dan pelbagai contoh berkenaan apa yang dialami oleh seluruh warga Arsenal kini. Tapi puak-puak ni tetap taknak terima. Apa punya benak tak tau la.

Tapi gua tak nak la mencemarkan kesucian dan keindahan penulisan gua dengan mengungkap kembali ayat-ayat bangang diorang tu. Geli siot! Gua nak ajak lu orang semua baca kisah ni dan fikirkan pengajaran yang gua nak sampaikan.

Abu bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah organisasi. Beliau merupakan pelerja biasa-biasa saja. Nak kata perform sangat, tak juga. Nak kata pemalas sangat, pun tak juga.

Di pejabat, beliau hanya menjalankan kerja-kerja yang ditugaskan kepada beliau. Itulah rutin beliau setiap hari. Yelah, nama pun pembantu am rendah. Takkan nak suruh masuk meeting BOD pulak ye tak. So sesuailah dengan taraf si Abu ni.

Tapi beliau ada satu tabiat yang sangat dibenci oleh rakan sekerjaya. Dari setiausaha bos sampailah makcik cleaner, semua meluat dengan pe’el si Abu ni. Pe’el macam mana tu?

Beliau terlalu ghairah mengkritik majikan dan syarikat tempat beliau bekerja. Ada saja yang tak kena pada si Abu ni. Bos tak pandai manage syarikatlah. Syarikat rugilah. Kenapa tak buat investment yang boleh beri keuntunganlah. Pekerja yang bos ambil bekerja tak baguslah. Macam-macam segala datuk nenek si Abu ni kompelin. Kritik, kutuk dan memperlekeh adalah makanan beliau bila datang kerja. Tak kiralah kat kantin ke, kat surau ke, kat meja kawan ke. Semua jadi port beliau.

Tapi yang peliknya bila bos bagi kenaikan gaji ke, bonus ke, takde pula dia puji kecekapan dan kebaikan bos tu. Tapi bila si Abu ni dengar je ada berita yang kurang best, siap....berhari-harilah jawabnya rakan sepejabat beliau berpeluang mendengar komen dan kutukan yang cukup membina dari Abu, bekas pemenang anugerah CEO Terbaik Dunia, anjuran Kesatuan Usahawan Dunia.

Selalu juga kawan-kawan si Abu ni tanya, kalau semua tak kena dimata rabun dia itu, bagi la cadangan apa yang terbaik untuk syarikat. Bagaikan orang miskin disorongkan kad kredit, si Abu pun mulalah menceritakan apa yang akan dia buat kalau dia yang diberi peluang untuk mentadbir syarikat tu. Berbuih-buih mulut Abu bercerita. Tapi yang peliknya, sorang-sorang kawan-kawan dia angkat kaki belah dari situ. Yang stay pun, naik pitam mendengar idea beliau. Berpinar-pinar mata. "Apa jibaok ni merepek? Ni bukan nak majukan syarikat, ni lagi nak melingkupkan", bisik hati mereka.

Klimaks kepada perangai bangang si Abu ni adalah pada suatu hari, dia menulis surat kepada bos beliau. Nak atau apa isi kandungan surat tu? ABU MEMINTA AGAR BOS BELIAU MELETAKKAN JAWATAN KERANA ABU MERASAKAN BOS TU TAK LAYAK UNTUK JADI BOS SEBAB DAH TUA, NYANYUK DAN STRATEGI YANG BOS DIA AMALKAN DAH TAK RELEVAN DAN TIDAK BERDAYA SAING DI PASARAN PERNIAGAAN.

Si bos yang membaca surat tu terkedu. Lantas beliau pergi ke meja Abu bekerja seraya berkata, “kau tak suka aku dengan kompeni aku, tapi aku lak yang kau suruh berhenti..patutnya kau la yang berambus..kau ingat kompeni ni kepala bapak kau punya ke? Bangang!!”, tengking si bos sambil menunjal-nunjal dahi jendul Abu.

Lu orang faham tak moral of the story?


Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Match: Review Sunderland vs Arsenal (FA Cup)

Oleh: Winston13

Salam Sejahtera. Arsenal, we stand together.

Match review tak banyak yang akan aku ulaskan kat sini. Semalam Arsenal mengalami kekalahan kali kedua berturut-turut dan ni buat Arsenal terkeluar dari saingan FA Cup. Starting line-up game haritu:

Szceszny - Sagna - Djorou - Vermaelen - Coquelin - Song - Arteta - Chamberlain - Ramsey - Gervinho - van Persie

Arsenal start dengan formation 4-2-3-1. Gervinho dah balik, Walcott di drop ke bench. Bagi peluang kat Gervinho. Sebab Gibbs baru main first competitive game lawan Milan hari tu, Coquelin start as LB. Song dan Arteta main CM. Ramsey main AM. Role attacking untuk Ramsey.

Arsenal start dgn agak cemerlang. Arteta hampir-hampir score free kick. Aku rindu gila time dia score free kick kat Everton. Mantap. Pastu Coquelin injured. Dan episod malang Arsenal bermula. Squillaci masuk dan Vermaelen shift to LB. Aku memang berbulu dengan Howard Webb malam tu. RvP yang ditackle tak dapat penalti. Memang apa heck! It was a clear penalty and it showed our bad luck once again by Howard Webb. Arsenal tak mudah mengalah apabila RvP buat satu passing yang cantik ke Gervinho tapi Mignolet sempat pulak save Gervinho punya shoot. Argh! Gol Sunderland berpunca dari free kick lepas Djorou bagi foul kat Sunderland. Larsson punya free kick dapat dikeluarkan dari penalty box tapi ada pulak ex player Setan Merah Richardson sapu bola tu rembat dan deflect dari Squillaci menyebabkan Fabianski tergamam. 1-0 kepada Sunderland.

Second half Sunderland mula main dengan meletakkan bas in their own half. Arsenal membuat substitution dengan Squillaci dikeluarkan (macam kes Eboue - sub yang disubkan dulu) ganti dengan Rosicky dan Ramsey keluar, Walcott ganti. Song maen CB. Memang attacking. Dan sekali lagi, Howard Webb menjadi musibat dalam match ni bila RvP sekali lagi dijatuhkan dan Arsenal tak diberi penalti. Menyirap betul dengan player MUnyet nih, #ehh referee ni. Dan kesilapan dan kealpaan midfield dan defend yang ghairah menyerang memberi ruang kat Sundersland untuk counter attack tapi malangnya AOC gagal menyelamatkan bola dari bergolek masuk gol. Aku cukup respect dengan AOC sebab rajin turun sampai defend. Tapi malang sebab dapat own goal pulak.

Match habis dengan Arsenal kalah 2-0 kat kaki Sunderland dan berpunca dari mulut Howard Webb.

Ada yang cakap pecat Wenger lepas kalah 2-0 dengan Sunderland. Ada yang cakap kenapa Pat Rice tak sound Wenger time match bila tactic tak jadi. Apa diorang ni bengap ke apa? Pat Rice la coach tactic Arsenal. Pat Rice la yang sediakan tactic untuk Arsenal. Pat Rice marah Wenger? Korang yang bercakap membuta tuli tak nampak ke Wenger emo gila kat Pat Rice bila tactic tak jadi? Buta?

Ada yang cakap sack Wenger sekarang. Ganti dengan Pep or Mourinho. Gila? Mourinho tengah kejar LA Liga dengan Real, ingat dia nak keluar? Pep? tengah kejar Real dan aim CL. Pastu ada langau-langau yang cakap loan Samba dari Blackburn ganti Mertesacker yang injured. Ha, ni satu lagi bangang. Transfer window pun dah tutup, lagi mau loan. Apa ni? Cakap guna lutut?

Apa ingat manage Arsenal ni macam main PES, FIFA dengan FM? Memang la senang dalam game. Tak deal dengan real manusia. Kalah boleh restart. Tak payah fikir pasal pembangunan kelab sangat. Dalam game boleh la bai. Bak kata Apis Jamal, try manage team futsal. Tengok bole jadi champion Malaysia ke tak. Haha!

Apa pun, ye aku pun kecewa. Harapan tipis untuk CL. FA Cup terkeluar. Ada baiknya. Bole Arsenal focus untuk dapatkan at least top 4 season ni untuk CL next season. Dengar cerita hutang Emirates hampir selesai or dah selesai. Ni aku tak sure. Kalau la betul, next season, Arsenal memang kaya la. Sekarang berjimat sebab nak bagi stable financially dan competitive in match dengan skuad yang ada. Sebab tu la, aku repect AW. Hope Spuds kalah dengan Arsenal.

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Sunday 19 February 2012

Aku bukan Hati Plastik.

oleh : Kipasusahmatiarsenal.



"ni ape cite Asenal kalah ni?"kate seorg fan Munyet kat aku. Aku punyalah bengang dgn die, ish, rase macam nk cili je mulut die, baru die tau erti penyesalan cakap macam tu kat aku. tapi aku masih waras, masih ada akal fikiran yg diberikan Tuhan, dan tidak sesekali aku kufur dengan nikmat akal yg diberikanNya. Syukur....

"rilek le der, lu bkn fan Arsenal pon, ape mau sibuk?" aku ckp kt Munyet sekor ni....

"xde la, mcm ayam jer team ko ni? hari tu dah kene 4, ni lagi 2, korg xbosan ke sokong team kalah?" kata mangkuk Munyet terkenal ni.

"gua rilek der, sokong tetap sokong, menang kalah adat ler der, lu apsal? jeles tgk team gua kalah bergaya ka? gua punya team kalah ka, menang ka, seri ka, game ttp cantik, (ade org kata mcm Lisa Surihani)style Arsenal main, lu punya team pon goyang derrrr." kata ku sebelum menghirup teh tarik... sedap gak teh tarik dibuat oleh mamak yg muka mcm xmandi ni bisikku kpd diriku sendiri....

"xde la, ko pye team ni dah mcm badut je, main cam malas, kejar bola lambat, xde impact la, aku rase ko sokong team lain la, xpun kasi sack manager tu, macam bodoh jer org tua tu." kata Munyet yg xtahu pasal Arsenal.

" lu tgk game tu ke derrr? " soal ku, sambil berfikir, ape la mamat Munyet ni tgk game Arsenal...

" tgk la, champions league tu," bunyi Munyet itu....

"ooooo, kenapa ko tgk?" soal ku pada seekor binatang..

" biase la, boring2, tgk la game Champions League" jawabnya sambil mengunyah makanan, makan sambil bercakap, xde adat makan btol Munyet ni, maklumlah setan merah.

" patut korg dah xyah berjaga dah pagi2 ni, bukan korg main ucl pon, wat penat je, baik tido" kata ku.

" macam marah je ko ni... tuka team la, cari team lain, Real Madrid ke, Barca ke. " ngomel Munyet ni sorg.

" Alo der, gua sokong Arsenal hampir 15 tahun, lebih separuh dari hidup gua la, gua tgk jatuh bangun team ni dari gua kecik lagi, gua dapat jersi pertama gua mase umur 10 tahun, original lu tau, lu mana tau, lu tau bahan org je, gua tgk papa wenger wa dari pakai spek mata john lennon, sampai la skang dah tak pakai spek. Lu tau ka papa wenger wa pakai spek? lu xtau, ape lu tau? lu tau Henry je... gua xtak sokong team lain selain Arsenal, walaupun kalah, walaupun terkeluar divisyen ka, apa ka, muflis ka, wa ttp sokong, lu suruh wa tuka team, apa hak lu cakap macam tu kt gua? lu setan merah ape tau.. ehhh, lu suh wa sokong real madrid atau barca? lu ape ni? kalah sikit tuka team, kalah lagi tuka lagi ka? lu macam tu ka derrrrrr? Weyhhh lu dgr sini la, wa bukan hati plastik, gua bukan macam lu setan merah, wa bukan supporter macam lu, gua true gooners laaaaa, gua xde heran la kalau team gua kalah, gua tetap sokong Arsenal selagi gua mampu tgk bola, gua takkan tuka team, lu cakap apa ni? kalau team lu mcm gua, gua rasa lu dah x pakai dah baju setan lu tu, lu hati plastik punya org, tah2 lu dah beli siap2 jersi Barca ataupun Real madrid dan gua rasa lu dah cabut sticker setan kat kete lu tu kalo team lu kalah.. gua cakap lagi sekali kat lu, gua bukan hati plastik macam lu, lu dah boleh bakar je lu punye jersi la, lu takut kalah punya org, sampah punya supporter, boleh jalan laaaa, lu blah la weyhh,jgn tgk bola la, lu tgk org main snooker lagi baik la, gua sokong Arsenal, gua ttp Arsenal." kata ku pada Munyet sampah yg xberpendirian ni, dan terus ke kaunter untuk membayar teh tarik. panas betul aku dgn munyet ni, sampah punya cakap, xde ilmu lagi mau ckp. Macam Langau2 kt KPTATD, tu sume sampah, sama je dengan spesis Munyet gampang sekor ni. Kalah je tuka team la player la, manager la , itu bodo, punya statement.

In Arsene We Trust


-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Saturday 18 February 2012

Info: Sindrom Pecat Wenger

oleh: MatalebamtengokmatchArsenal

Serius gua berbulu. Bukan macam Cinta Muka Bulu. Gua berbulu dengan langau-langau yang tak sudah-sudah suruh pecat Wenger. Asal kalah je, suruh pecat Wenger. Sindrom ni dah lama aku dok tengok. Nak-nak kat ade certain page kat facebook tuh. Semak aku tengok. Aku ajak duk se-table tak mau.

Sindrom pecat Wenger ni jadi bila Arsenal kalah. Bila kalah dengan Munyet 8-2, pecat Wenger. Kalah dengan AC Milan 4-0, pecat Wenger. Kalah dengan Swansea, pecat Wenger. Siap ada yang cakap Wenger dah tak relevan. Pergh! Menyirap gua beb. Kalau ada depan aku budak tuh, mau kena penumbuk. #eh..

Nak tengok tak budak-budak komen? Ni link dia. Korang gi usha. Cepat-cepat sebelum kena remove. Hahaha. http://www.facebook.com/groups/KPTAtetapdihati/336524816388922/

Korang gi baca dulu. Dah baca semua comment, baru datang sini balik. Syuh~

"Tiga sebab Arsenal perlu pecat Wenger.. 1. Wenger hampir 7 musim tanpa piala. 2. Falsafah dia menjadikan Arsenal tidak kompetitif dlm EPL. 3. Demi memberi harapan/perubahan kpd pemain senior Arsenal utk kekal terutaman Van persie."

Meh aku jawab.

1. 7 musim tanpa piala. Langit tak selalu cerah. Hidup tak selalu sihat. Duit tak selalu banyak. Mata tak selalu terang. Asik lebam je mata gua tengok match Arsenal memalam dan pepagi buta. Eh. Gua melalut pulak. Sori beb. Nasib baik gua tak melututkan je budak tuh. Eh. Melalut aje. Jap. 7 musim tanpa piala? Camni la. Setiap kelab, ada turun naik. Macam jugak kita kerja, kita amik exam. Kadang-kadang kita score. Kadang-kadang kita fail. Lumrah la tuh. Meh tengok sket kat fan Loserpool Liverpool. Diorang rilek jer. Takde pun kecoh-kecoh pecat Daglish. Jibauk-jibauk kat sane tuhhhhh, konon "Arsenal, we stand together". Jilaka la stand together. Pecat Wenger? Korang patut pecat diri korang dari sokong Arsenal. Nak kelab yang asyik menang jer? Pegi la sokong Barcelona. Kitorang tak heran. Wenger pun tak heran korang sokong kelab lain. Ade Wenger kisah?

2. Falsafah menjadikan Arsenal tidak kompetitif dalam EPL? Arsenal play the most beautiful football in England. Main cantik macam awek aku. Main cantik sampai commentator admit hanya Arsenal yang boleh lawan Barcelona. Tu tak kira kompetitif ke weyh? Nak Arsenal pindah LA Liga? Ke nak Arsenal pindah LA lalalalalala~? Agaknya la kan, kan kan, kalau Arsenal main kat LA Liga, mesti menang. kan? kan? Falsafah Wenger tak competitive? Aku rasa orang yang post ni lagi takde falsafah. Sokong bila menang. Bila kalah, pecat Wenger. Bila kalah pecat manager. 5 kali kalah, 5 kali ganti manager. Tak ke haru biru?

3. Beri harapan/perubahan kepada pemain senior Arsenal untuk kekal. Camni. Kalau Wenger jadi manager France, okay la jugak. Kalau dia pindah Real Madrid? Pindah Manshitty Man City? Player mesti ikut manager kesayangan diorang. Ingat time Mourinho pindah Chelsea dari Porto? Bape banyak player Porto dia sebat bawak masuk Chelsea? Tengok Redknapp time masuk Spurns Spurs? Redknapp rembat Kranjcar, Defoe dari Portsmouth. Nak kekal? Jangan harap lah. Nak berubah? Ingat senang ke? New manager nak build up squad ingat senang kalau budget tak banyak? Ganti Wenger dengan Moyes? Aku tak nafikan Moyes tu mantap. Tapi agak-agak mental dia cukup kuat ke nak mengadap pressure top club? Ingat balik kes Roy Hodgson. Bawak Fulham sampai final Europa League tapi tak boleh cope jugak pressure kat Liverpool.

Agak-agak cukup ke gua cakap nih? Cukup ke tak? Kalau tak cukup, gua panggil KipassusahmatiArsenal ataupun John Labu jawab budak-budak ni punya meroyan. Langau-langau ni patut kena carun je dengan Bomoh Getek. eh, silap. racun. hehehehe~

Ape pun, kitorang kat sini, kat Melaka Gooners, will always support who play for Arsenal and who manage Arsenal and who drive Arsenal forward till forever.

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Info: Arsenal F.C

oleh : Kipasusahmatiarsenal dgn bantuan wikipedia dan google.

Arsenal F.C. (dikenali sebagai Arsenal atau The Gunners) ialah kelab bola sepak profesional England yang berpusat di utara London. Mereka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.

Arsenal Crest

Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.



Stadium Emirates

Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenham Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.

Herbert Chapman
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.

Cliff Bastin

Alex James
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.

Bertie Mee
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United ataupun lebih dikenali dengan gelaran Munyet yang hingga kini dianggap sebagai klasik.


Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu, dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.

Arsene Wenger
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles"keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah. Satu Rekod negara England.

The Invincibles


Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.

Nantikan episod seterusnya (^_^)v

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Friday 17 February 2012

10 REASONS ARSENAL FANS SHOULD STOP WHINING AND SUPPORT ARSENE WENGER

After the 4-0 hammering in Milan, many Arsenal supporters have been calling for Arsene Wenger's head today. There are plenty of others who remember life before Wenger and appreciate what they've got, however, so here are 10 reasons why the spoilt Gooners should pipe down and get on with it…

1) TOP FOUR IS ACCEPTABLE FOR ARSENAL
Like it or not, Arsenal's hierachy refuse to compete with Man United, Man City, Chelsea or Liverpool when offering transfer fees or wages, so will continue to miss out on top talent. A quick glance at the league table shows Liverpool, who've spent more than £110m on players since January 2011, trailing the Gunners by four points. Are Reds fans calling for Dalglish's head? Of course not.

2) WENGER HAS EARNED THE RIGHT TO LOSE 4-0 IN THE CHAMPIONS LEAGUE
Yes, that's right, the Frenchman has earned the right to be thrashed in one European match. Why? Because he is the man responsible for getting Arsenal into the competition 14 years in a row. By contrast, local rivals Spurshave appeared in one edition of the tournament (losing 4-0 to Madrid) and, all of a sudden, Harry Redknapp's a football genius while Wenger's useless. Get a grip.

3) THE PREMIER LEAGUE'S FINANCIAL MODEL HURTS WENGER
In Germany, where financial regulations ensure clubs are majority owned by supporters, the Bundesliga has crowned four different champions in five years. This season, after 21 games, just five points separate the top four while in England, Man United and Chelsea's seven year monopoly is only under threat because of Man City's big spending; much of which has directly weakened Arsenal's team.

4) THE GUNNERS PLAY BEAUTIFUL FOOTBALL
It may surprise Johnny Come Lately Gooners, but the Gunners were famed as "boring, boring Arsenal" for decades before Arsene Wenger arrived, due to the turgid style of play regularly served up at Highbury. Football fans love to be entertained and at the Emirates, Wenger's free-flowing philosophy allows the Gunners to spray the ball around majestically every week, often with an end product to match. For half of his reign it also brought trophies, but in the absence of silverware Gooners have still been treated to top class football. Try watching a team that doesn't win trophies and lumps it aimlessly every week.

5) LOOK AT THE BIGGER PICTURE
Last year, Wenger inspired a thrilling victory over Barcelona; a team thought of as one of the greatest of all-time. They were inches away from dumping the Catalans out of Europe when, harshly down to ten men following van Persie's dismissal, Bendtner spurned a glorious opportunity late on. Of the midfield that inspired that first leg win at the Emirates, Fabregas was always going to leave, Wilshere's been injured this season and it's not Wenger's fault Man City have hundres of millions to spend on the likes of Samir Nasri. Wilshere will make a difference when he returns, Frimpong is going to be a top player and Oxlade-Chamberlain can be immense.

6) WHO'S THE ALTERNATIVE?
Forget Mourinho - he's not going to a club that doesn't spend big. Who does that leave? Neil Warnock, Steve Bruce or Mick McCarthy? Take your pick.

7) WENGER'S NOW WILLING TO ADAPT
When the referee put Arsenal out of their misery in Milan by blowing for full-time, we all waited for Wenger to draw positives out of defeat, blame the San Siro's terrible turf or somehow allude to his team's performance as one of misfortune rather than ineptitude. Instead, probed on whether it cast doubts over his philosophy, Wenger suggested it questioned everything. That response alone represents a huge step for a manager widely regarded as one of football's most talented, but equally most blinkered. With an open mind, Wenger can get Arsenal back on track.

8) BEATEN BY SUPERIOR OPPOSITION
In Milan, Arsenal were humiliated by a team containing great attacking flair. Was it really surprising to see Robinho, Ibrahimovic and Boateng dismantle the Gunners so spectacularly? Napoli, who dumped Premier League leaders Man City out of the competition, currently lie seventh in Serie A, 13 points behind Milan, thecurrent Italian champions. What about Man United? How did they get on in the Champions League this week? That's right, it was all over in December, courtesy of (ahem) those European giants, Basel.

9) WENGER COULD HAVE JOINED A BIGGER CLUB IN 2009 - HE DESERVES LOYALTY IN RETURN
It's no secret 'the Professor' was courted by Spanish giants Real Madrid in 2009; a club where he could have coached the world's best players, capable of rewarding his hard work with a realistic chance of domestic and European honours for the first time in several years. Instead, Wenger remained loyal to Arsenal, knowing his departure would open the door for their best players to follow suit, ultimately consigning the Gunners to mid-table obscurity. Arsenal fans were happy to enjoy the club's greatest ever days under Wenger, now they must give an absolute club legend their support at a time when the Gunners can still win the FA Cup and qualify for the Champions League again.

10) ARSENAL LADIES CAN STILL WIN THE CHAMPIONS LEAGUE
A recent 6-2 aggregate demolition of Rayo Vallecano ensured Arsenal's ladies a safe passage into the Champions League last eight where, as England's sole representatives, they meet Gothenburg over two legs in March. Laura Harvey's girls are also on course for a sensation double, topping the Women's Super League, three points ahead of Birmingham having won the inaugural trophy last year. And guess what? Money doesn't dictate matters in ladies football. It's not all doom and gloom at the Emirates (or Boreham Wood FC, where the Ladies play their home games), is it? Why not get down to their Champions League quarter-final on March 14th to show your support? OK, Wenger's got nothing to do with the Ladies team, but they are proof it's not the end of the world at Arsenal!

dipetik dari talksport.co.uk

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Match: Preview Sunderland vs Arsenal (FA Cup)

Oleh: Winston13


Pertemuan kali ke dua dengan Sunderland dalam masa seminggu. Apa yang aku harapkan, Arsenal dapat melupakan kekalahan kat San Siro, Rabu lepas. Apa yang pasti, semua player Arsenal bersedih sebab tak dapat bagi yang terbaik lawan AC Milan.

Kali ni, sekali lagi Arsenal akan bertandang ke Stadium of Light. Untuk pengetahuan korang, referee kali ni ialah Howard Webb. Haaaaa, ini sudah tak best. Korang pun tau kenapa aku cakap tak best.

Mertesacker injured ankle. Koscielny pulak knee. Sekarang CB kita ada Djorou dengan Vermaelen je. Youngster yang ada pun boleh buat back-up Miquel. Song pun boleh main CB. Kalau Song main CB, Coquelin boleh main DM.

Midfield masih lagi keadaan yang sama. Takde perubahan pasal injury. Wilshere lagi sebulan. Diaby still injured. Terpaksa struggle dengan skuad yang ada.

Apa aku nak komen kat sini ialah, defend Arsenal sebenarnya cukup lengkap. Cuma nya, injury yang jadi kadang-kadang melampau. Arsenal ada 2 RB, 2 LB dan 4 CB. Cukup. Tapi sekarang 4 injured. Memang Arsenal takde luck. Pelik? Aku rasa diorang kena santau. Hahaha.

King Henry dah takde. Aku harap kehadiran King Henry meninggalkan kesan untuk player-player Arsenal sekarang. Dan harap semangat King Henry kat dressing room akan jadi pembakar semangat untuk budak-budak muda kat Arsenal.

Starting line up pilihan aku:
Szczesny, Sagna, Vermaelen, Djourou, Gibbs, Song, Rosicky, Arteta, Arshavin, Walcott, van Persie.
Apa pilihan korang?

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Thursday 16 February 2012

Post Match : UCL 2012 : AC Milan vs Arsenal

Oleh : John Labu




Bukan sedikit harapan yang disandarkan oleh peminat Arsenal pagi tadi. Tak kiralah samada yang menonton di rumah, di kedai mamak dengan mata yang kelat mahupun mereka yang terkebil-kebil di komputer masing-masing melalui live streaming. CL dan FA merupakan antara piala yang masih realistik untuk dikejar, memandangkan harapan untuk menjulang EPL semakin hari semakin jauh.

Gua pun seperti peminat yang lain. Ada beberapa sebab kenapa gua sanggup tidur awal dan bangun jam 3 pagi. Yang pertama, gua nak tengok Arsenal main cantik macam biasa dan menang. Kedua, gua nak berhibur menonton perlawanan bolasepak yang menarik dan mendebarkan antara dua pasukan hebat di Eropah. Ketiga, gua nak menyaksikan farewell kedua untuk The King. So berbekalkan keazaman yang jitu dan bertemankan bantal peluk yang setia, gua bersantai di depan tv.

Arsenal menurunkan kesebelasan berikut :

SZCZESNY
SAGNA – KOSCIELNY – VERMALAEN – GIBBS
SONG – ROSICKY
WALCOTT – RAMSEY - ARTETA
RVP

Manakala untuk substitute, nama Henry, Arshavin, Chamberlain, Fabianski, Benayoun, Coquelin dan Djourou disenaraikan.

10 minit pertama, kedua-dua pasukan nampak main dengan berhati-hati.  Arsenal memulakan ancaman serangan dengan Rosicky merembat dari jauh. Mata gua terbuka sedikit masa ni dengan harapan ia adalah rembatan Rosicky seperti dolu-dolu. Tapi sayang, ianya tidak tepat ke sasaran.  Tidak lama selepas itu, Arteta kehilangan bola dikawasan tengah padang dan dirampas oleh Milan namun dapat disekat oleh pertahanan Arsenal.

Minit ke 12, Milan melepaskan percubaan pertama di dalam kota penalti  Arsenal tapi off target. Start masa ini, Milan kelihatan lebih menguasai permainan dan mereka kelihatan lebih teratur dalam menyusun gerak. Pertahanan Arsenal dah mula kelihatan agak longgar disini. Gua dah mula risau dan kerisauan gua akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang tidak ingin kita lihat apabila Kevin Prince Boateng yang tidak dikawal oleh Vermaelen melepaskan rembatan secara volley ke gawang Arsenal. Cesny melompat untuk menghalang namun gagal. Mungkin dia pun tak sangka Boateng akan try sebegitu. Memang style. Bola kena bahagian bawah palang, melantun ke dalam gol dan keluar balik. Langsung tak cecah jaring.

   

San Siro bergempita. Tersentak dengan gol ini, Arsenal kembali mengatur gerak. Minit ke 17, RVP dilorongkan bola yang cantik namun sayang dapat disekat oleh pertahanan Milan yang cukup komited menutup ruang.  Persoalan kenapa Arsenal main teruk semakin berpusing-pusing di segenap penjuru kepala otak gua. Arsenal kelihatan seperti takut-takut dan terlalu perlahan. Sewajarnya Milan yang takut dan berhati-hati kerana nak mengelakkan dari bolos away goal. Adakah kerana keadaan padang yang menjadi kerisauan Le Proff sebelum itu? Atau faktor kepenatan? Gua tak tau. Yang gua tau, malam tu memang bukan ‘permainan Arsenal’ yang kita dambakan.

Minit ke 24, Arsenal mendapat free kick depan sikit je dari kotak penalti Milan. Sepakan yang diambil oleh RVP berjaya menemui kepala Kos tapi tandukannya terlalu lemah.

Minit ke 30, sekali lagi Arsenal nyaris dihukum oleh kecuaian defender apabila Kos yang kehilangan bola dan berjaya dirampas oleh Milan. Namun kita bernasib baik kerana bola tersebut dihantar kepada Ibrahimovich dan dia dalam keadaan offside. Kalau tak konfem kena dah sebijik lagi. Minit ke 35, lagi kecuaian pertahanan. Vermaelen hilang bola kerana mendakwa di kasari oleh beruk Milan berjersi no 70 (gua memang tak berkenan mamat ni dari dulu lagi sebab pe'el dia yang macam haram jadah kat setiap kelab yang dia join). Beruk 70 ini melarikan bola ke dalam kawasan penalti tapi nasib baik dapat disekat oleh Kos.

Tidak serik dengan apa yang berlaku, sekali lagi pertahanan Arsenal alpa apabila perangkap offside yang dibuat tidak menjadi. Ibra dapat lepas, bawa bola masuk penalty box dan buat low cross untuk beruk 70 tu buat sentuhan terakhir dan.......hmmppphhhh.....gol kedua Milan.



Game terus hancur. Wenger dah membebel tepi padang. Entah apa yang dia bebel tak tau la. Minit ke 44, plaza tol Djourou dimasukkan ganti Kos yang difahamkan mengalami kecederaan. Menggelabah beruk gua tengk si mata stim ni masuk. Adoooiiii.... injury time 1st half, Boateng buat last try nasib baik ke laut. Tamat separuh masa pertama, aku rasa macam nak masuk tido je. Hahahaha...macam tak percaya game yang aku tengok tu adalah Arsenal.

2nd half, Henry dah siap sedia dimasukkan ganti Walcott yang langsung tak beri impak. Sebelum kick off, nampak The King seperti memesan sesuatu dan memberi kata perangsang kepada rakan sepasukan.  Namun, mimpi ngeri Arsenal berterusan. Sekali lagi disebabkan barisan pertahanan. Vermaelen tergelincir ketika cuba mengawal serangan Milan, beruk 70 yang tak dijaga sebab si Verminator tergolek dog terus mendapat bola baik punya dan shoot....gol ke 3 Milan pada minit ke 49. Kesian Vermaelen. Dia nampak serba tak menjadi pagi tadi. Milan nampak rilek je dan tak kelihatan struggle pun untuk 3 gol tu.

Arsenal terus hilang punca. Minit ke 65, kuisan cantik dari Henry sampai ke kaki RVP. RVP shoot tapi Abbiati dapat save. Itulah save pertama Abbiati. So korang boleh bayangkan sendiri macam mana Arsenal main pagi tadi. Minit ke 65, 1st save by Abbiati. Peh!

Gibbs dikeluarkan bagi memberi peluang untuk Chamberlain dimasukkan. Mungkin ramai antara kita teruja dengan kemasukan ini. Mungkin ramai gak yang rasa dia lebih power dari Wenger maki-maki cakap kenapa baru sekarang nak masukkan (kalau tak percaya cuba tengok FB KPTATD..ramai gila yang power taktikal dan strategi dan berbakat sebagai manager dan jurulatih).  Dengan kemasukan Chambo, Song turun bermain CB dan Vermaelen ditolak ke LB.

Minit ke 77, aku tepuk kepala bila Djorou jatuhkan abang Brahim dalam kotak penalti. Pengadil tanpa sebarang keraguan terus bagi penalty kick. abang Brahim score dan menjerit-jerit macam la dia score tu dengan cara gelecek 11 orang player Arsenal secara solo sebelum membuat bicycle kick....


Milan melakukan pertukaran dengan mengeluarkan beruk 70 dan memasukkan Pato. Aku rasa macam nak buat sembahyang hajat masa ni minta janganlah bolos lagi. Minit ke 84, Chambo buat satu cross dan RVP berjaya tanduk bola tu namun sayang seribu kali sayang...sekali lagi Abbiati menjadi penghalang antara hubungan RVP dan rekod jaringan.

Sehinggalah wisel penamat ditiup, itulah yang berlaku. Gua bukanlah pakar macam jibaok-jibaok yang duk kutuk maki sumpah seranah Wenger and the team dalam KPATD (kalau tak percaya cuba tengok FB KPTATD..ramai gila yang power taktikal dan strategi dan berbakat sebagai manager dan jurulatih). Tapi apa yang gua nampak, memang teruk mutu permainan Arsenal. Nampak tak bernafsu. Milan dengan mudah dapat patahkan serangan Arsenal, rampas bola dan counter attack. Sungguh tenang. Masa ni gua mula rasa nak terpengaruh dengan statement kerek si Boateng yang kononnya dia dan Milan tak takut dengan Arsenal sebab Arsenal tak konsisten. Kejap main cantik kejap hancur. Arsenal takde pengalaman di dalam skuad katanya. Gua terpikir ada juga betulnya disitu. Pengalaman yang dimiliki oleh kuda-kuda tua Milan merupakan satu keseimbangan dalam team tu. Itu pun nasib baik Seedorf injured dan keluar awal.

Pertahanan Milan juga cukup berdisiplin dalam menutup ruang-ruang ksong yang ada dari dimanipulasi oleh Arsenal. RVP memang kena ikat dengan Thiago Silva. Ditambah pula dengan bahagian midfield Arsenal yang nampak mati kutu. Kering takde idea. Gua harapkan bila ada Rosicky dan Arteta, sesuatu yang menarik akan terhasil. Tapi, entahlah...begitu juga dengan player kritikan yang menjadi hero masa lawan Sunderland hari tu, Ramsey. Macam biasa terus hilang punca dan merapu. Sayangnya Wenger tak cuba untuk gantikan dia dengan Arshavin. At least, pengalaman dan kematangan Arshavin mungkin boleh membantu. Apatah lagi posisi Ramsey semalam memang forte Arshavin bila beraksi bersama Russia. 

Kita memang hampa. Kalah kalau main cantik dan beri tentangan yang sengit, mungkin tak terasa sangat. Tapi macam biasa, kita hanya menang statistik penguasaan bola. Keputusan? Kita dimalukan. Milan juga dilihat berjaya membalas dendam bila Arsenal kick mereka dari saingan UCL beberapa tahun lepas. Mampukah kita melakukan keajaiban dalam perlawanan timbal balik di Emirates nanti? Entahlah..kita perlu menang sekurang-kurang 5-0 dan jangan bolos. Mampukah kita dengan performance yo yo begini? Secara peribadi, gua tak rasa Arsenal mampu. Mungkin boleh tapi teramatlah sukarnyee pun... Nak kata gua tak tegar? Tak optimis? Lantak koranglah nak tegar ke apa. Gua lebih suka bersikap realistik. Sekurang-kurangnya gua yang tak tegar ni takdelah maki sumpah seranah player dan manager berbakul-bakul (kalau tak percaya cuba tengok FB KPTATD..ramai gila yang power taktikal dan strategi dan berbakat sebagai manager dan jurulatih).

Walaupun kecewa walaupun hampa, gua tetap akan menyokong seperti biasa. Kerana cinta dan kasih sayang gua pada kelab berlogo meriam ini tidak merelakan jari jemari gua menaip kata-kata makian dan carutan. Hati dan akal gua tak mengizinkan gua berbuat demikian. Sebab akal gua akan nasihatkan gua,  “Lu sapa nak kutuk maki sumpah seranah player dan manager tu? Lu bagi gaji kat diorang ke? Lu ada share ke pada kelab tu? Kalau kelab tu tak menang piala sampai kiamat pun, lu ada rugi ke? Gaji lu kena potong? Lu kantoi exam? Awek lu lari? Mak bapak lu tak ngaku lu anak? Tak kan?? So, sedar diri sikit beb. Kelab ni tak paksa lu sokong diorang. Dan lu tak bayar apa-apa pun pada diorang. Kalau lu taknak rasa semua kekalahan dan kekecewaan ni, lu hentikan sokongan lu..atau lu pergi sokong kelab lain”...

Itu kata hati dan nasihat akal gua yang waras. Lu orang pulak macaam mana?

COYG!

p/s : gua beriya tunggu sampai habis siaran sebab nak tengok King Henry lambai tangan kat fan ke, farewell hug dengan player Arsenal ke..tapi hampeh..satu shot pun takde.. L


thank you so much Thierry Henry..u are truely legend..not just in club history, but also deelpy in our heart..
Love u King! 

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Wednesday 15 February 2012

Activity: Futsal 16.02.2012

Salam Sejahtera.

Macam biasa la kan. Tak perlu nak tulis panjang-panjang.

Event : Futsal
Venue : Kompleks Sukan Batu Berendam
Hari : Khamis
Tarikh : 16.02.2012
Masa : 9.00 - 11.00 malama
Aktiviti : Weekly gathering

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Saudara Shafie (Penyayang) di 017 6189447, Saudara Ted di 013 2722644 atau Saudara Fizi di 017 3682430 untuk direction. Semoga futsal kali ni lagi meriah.

Sila la turun ramai-ramai. Ni kali ke 9 MG buat futsal. Nak diikutkan kali ke 13 buat kat area Melaka.

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Gallery: Futsal & Sunderland vs Arsenal

Futsal kali ke 8 anjuran MG pukul 3.30 petang sampai 6.00 petang. Lokasi: Sports Planet Cheng.

Malam layan Sunderland vs Arsenal. Lokasi: RSU.

Siap bawak air lagi (^_^)v

Bajet comel..hahaha

Adik beradik?

Penat tapi mampu senyum =)

Mengamuk sebab penat! ahaha~

Keeper terbaek abad ini. #ehhhh~

Tu dia. Gooner and Goonerita (^_^)v

Air habis sebelum match start. #lol

tak puas hati sebab Sunderland gol busuk!

helmet terbaek geng MG!

Ni taktau ape jenis muka~ lalalalala~

Riang gumbira~

Goonerita main sorok-sorok pulak. hampeh~

Mula keriangan cam kat fun fair pas menang (^_^)v

Steady.

Ni la RSU. lalalalala~

makan makan makan makan makan

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG