Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, 11 August 2012

Arsenal Hari ini

oleh: matalebamtengokmatchArsenal

Salam Sejahtera.

Gua dah lama tak menulis. Maaf kerana gua menyepi. Lantaran kekangan masa dan tiada ilham untuk gua update. Ya, gua tau banyak update pasal Arsenal. Gua bersama Winston13, John Labu dan rakan-rakan penulis lain meminta maaf kerana tiada update yang sepatutnya. Bulan puasa ni tak baik marah-marah.

Gua rasa gua nak update pun korang semua dah lebih up-to-date dari gua. Anyway, gua nak cerita sikit pasal Arsenal Asia Tour 2012. Gua pergi bersama geng-geng Melaka Gooners ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan training dan jugak match lawan Malaysia. Gua terpaksa mintak cuti jadi imam terawikh kat surau taman gua semata-mata nak pergi tengok Arsenal. Hahaha. 

Dari sesi training, gua nampak kenapa Walcott selalu AW turunkan dalam kesebelasan utama. Work rate beliau sangat tinggi. Theo memang rajin dalam training dan sharp. Chamakh pulak seperti lebah yang hilang sengat. Prestasi ketika training dan match amatlah tidak meng-impresskan gua. Yang lain-lain macam biasa. Gua tak berkesempatan untuk melihat training defender dengan lebih detail sebab depan gua forward, midfield dengan keeper training. Time Arsenal Asia Tour kali ini, gua rasa diorang kepenatan. Dan diorang travel jauh-jauh datang Asia, dengan cuaca yang panas, amatlah tidak membantu.Apa pun, gua puas hati dapat tengok training dengan match tahun ni. Tahun lepas gua tak dapat pergi sebab bos gua tak bagi balik awal. Choi! Anyway, gua nak ucapkan terima kasih kat Arsenal MY, Arsenal Malaysian Supporters (AMS), Arsenal Malaysian Gooners (AMG), Melaka Gooners (MG) dan group-group yang datang memeriahkan SBJ tempoh hari. Ceh. Macam gua pulak organizer. Choi lagi sekali!

Beralih kepada transfer, gua agak lu orang semua happy dengan Wenger sebab sambar Podolski, Giroud dan Cazorla. Tiga-tiga player ni gua dimaklumkan hanya berjumlah 34juta pound kurang 1juta dari harga Andy Caroll. Well, Wenger does it again! Gua pun happy sebab Wenger duk menafikan pasal Giroud dengan Cazorla kat media. Tup-tup, terus je official. Ni gua suka. 

Dalam transfer jugak, gua nak berikan pendapat gua sebagai seorang fan yang tak pernah menjejakkan kaki kat Highbury mahupun Emirates. Gua hanya tengok match samada di kedai mamak, rumah ataupun live streaming. Pada pendapat gua, Arsenal lebih memerlukan RB dan LB. Memang kita ada pelapis untuk Sagna. Kita ada Jenkinson, Yennaris dan Coquelin. Tapi gua still tak berapa nak konfiden kalau diorang yang jadi deputy Sagna. Jenkinson, bagi gua sangat bagus offensively tapi defensively, agak kurang. Yennaris dan Coquelin dua-dua main midfield dan hanya dikerah main RB lepas Sagna, Jenkinson, Djorou cedera musim lepas. Jadinya, gua sangat mengharap Wenger membeli RB. Bagi LB, Gibbs dengan Santos disamping Miquel sebagai back-up. Kalau lu orang perasan, Santos jarang main LB time pre-season ni. AW asyik la letak dia kat midfield. Gua takut Santos lupa camane cara nak defend je nanti. Hahaha. Miquel pulak muda. Gibbs pun asal dari LW jadi LB. Tapi gua harap, dengan adanya Steve Bould sebagai Asst. Manager baru, dengan experience beliau sebagai defender, dapat mengajar defender Arsenal untuk defend dengan lebih cemerlang.

Sahin, adakah Arsenal perlukan beliau? Gua rasa perlu. Ya, kita memang ramai player kat midfield. Kita ada Wilshere, Song, Arteta, Ramsey, Rosicky, Coquelin, Frimpong, Diaby, Lansbury, Cazorla, Arshavin, Oxlade. Ada lagi ke gua tak tulis. Frimpong, Rosicky, Wilshere semua injured. Kenapa gua rasa Sahin diperlukan? Sebab gua rasa midfield Arsenal prone to injury. Dengan ada Sahin, makanya Arsenal akan jadi lebih competitive. Lagi satu, Sahin ni bukan traditional defensive midfielder macam Nigel De Jong ataupun Gennaro Ivan Gattuso. Tapi beliau mirip kepada Song. Pada pendapat gua la. Kalau lu orang rasa lain, lu orang boleh komen nanti. Hahaha. 

Mengenai RvP. Ya. Menjadi tanda tanya ke mana hala tuju beliau. Gua susah nak terima kalau beliau pindah ke Machester. Samada United ataupun City. Kalau RvP nak pergi dari Arsenal, pergilah jauh-jauh. Pergi Turin ke Milan ke. Gua faham beliau nak menang cup. Ni pandangan peribadi gua. Walaupun RvP hanya ada satu season yang paling baik dengan Arsenal, gua rasa beliau wajar digelar hero untuk season lepas. Di kala Chamakh hilang konsistensi di depan gol, di kala Park Chu Young tidak diturunkan selepas tidak suit dengan pace EPL, RvP yang banyak bawak Arsenal ke atas. Tapi tak lupa kepada player lain. Cuma, bagi gua, sumbangan RvP sangat besar season lepas. Season lepas memang beliau top. Gua tak pasti apa yang bermain dalam kepala beliau. Tapi apa yang gua pasti, apa yang berlaku ada hikmahnya. Andaikata RvP meninggalkan Arsenal, gua ucapkan selamat jalan dan selamat maju jaya. Tapi, sebaiknya, gua nak dia stay kat Arsenal sebab dia still captain Arsenal. Tu pandangan gua la.

Panjang pulak gua tulis di pagi hari ni. Anyway, jangan lupa Arsenal vs Cologne nanti. Gua tak pasti ada live ke tak kat Astro. Tapi gua pasti live streaming confirm ada. Kalau lu orang nak tengok live streaming, boleh pergi sini, Atdhenet.

-COYG-

p/s: Gua tengok langau-langau kat satu group Arsenal kat facebook ni makin lama makin berbulu pulak. Gua ajak friendly futsal takde pulak nak turun. Lu orang tau group mana. Kan?

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Thursday, 19 July 2012

Depa mai lagi....


Oleh : John Labu


Tora Arsenal datang lagi!! 

Amacam para Gooners semua? dah beli tiket? Gua rasa macam tak dapat pergi la kali ni. Frust gak. Tapi nak buat macam mana? Depa ni pun tak mengagak. Ada ke buat weekdays. Bulan puasa lak tu.

Berdasarkan dari apa yang gua dengar, sale ticket agak slow. Tapi ada gak yang cakap sebaliknya. Entah la. Walaupun tak pergi, gua harap penuh la stadium nanti. Kalau tak ada je spekulasi negatif berunsurkan bodoh yang keluar.

Sesiapa yang ada berita-berita menarik tentang tour ni, harap-harap boleh kongsi la ye..

COYG!


 


Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Friday, 13 July 2012

Kenangan.. Harapan.. Masa depan..

oleh : John Labu



assalamualaikum..lama betul blog ini terbiar bersawang sepi..gua memang betul-betul busy..ditambah pula dengan kekangan sukar mendapatkan akses internet (maklumlah, rumah takde streamix atau broadband..hehehe), maka terbangak-bangaklah blog ini menanti dikemaskini..mohon maaf kepada para pembaca setia Melaka Gooners blog sekalian (kalau ada la..hehehe...)


apa yang kita bincangkan disini? mengimbas kembali pencapaian Arsenal musim lepas? bagi gua, musim adalah musim yang sungguh dramatik bagi EPL..title yang ditentukan hingga ke masa kecederaan perlawanan terakhir..lebih dramatik bagaikan filem Hindustan jika kita nilai cerita team kesayangan kita..huhuhu..


permulaan yang sangat buruk semenjak 58 tahun yang lalu,jual 2 player yang punya pengaruh yang besar ke atas pasukan, hilang kapten (dengan cara yang menjengkelkan),hilang pemain paling berpotensi sepanjang season lepas akibat kecederaan, kalah teruk kepada si setan merah, kalah semua game sepanjang Januari 2012, krisis kecederaan yang menyaksikan kita kehilangan full back untuk tempoh yang agak panjang..ini semua hanya apa yang gua ingat..mungkin korang semua ingat dengan lebih detail lagi..


tak mungkin kita dapat lupakan di suatu waktu, Arsenal terperosok di tangga ke 17 liga..masa ni semua bongok-bongok..yang anti Arsenal kemaen lebat sembang..Arsenal akan tersingkir la..Wenger dah tak relevan la..termasuk la langau-langau kat KPTA tetap di hati puiiiii! terus terang gua cakap, masa tu gua tak gelabah pun..gua rilek sebab gua tau meriam akan kembali meletup..


pembelian secara pukal di minit-minit akhir tingkap perpindahan ditutup merupakan satu tindakan yang mengejutkan semua pihak. 5 orang sekali borong dan semuanya player yang berpengalaman. gua melihat tindakan ini sebagai satu langkah bijak oleh Le Prof yang menyebabkan kita mampu kembali bernafas. sejak dari itu, kita kembali bertatih mendaki liga. hasilnya, tempat ke tiga yang menyebabkan semua orang terlopong mulut terbuka dengan hasil yang ditunjukkan oleh Wenger dan skuadnya. mengambil kira setiap aspek dari awal musim, apa yang telah Wenger buat secara peribadi gua simpulkan sebagai kerja gila! tapi nyata berhasil..


musim lepas juga menyaksikan orang yang cukup lama berkhidmat untuk kelab meriam ini bersara..Pat Rice..memulakan karier di Arsenal FC sebagai pemain, beliau meneruskan bakti sebagai staff kejurulatihan..44 tahun dia mendambakan diri dan akhirnya, beliau rasa telah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal..terima kasih Pat Rice atas segala jasa dan bakti..seronok tengok kau kena lambung-lambung dek players masa last game tu..


so, itu adalah kenangan sepanjang season lepas..yang seronoknya, walaupun senak perut mengharungi pelbagai dugaan, kita tetap mampu duk atas Spuds..muahahahaha..burung tetap burung..Mind The Gap!!!


apa pula harapan kita untuk musim 2012/2013 ni? jersi dah konfem..Podolski & Giroud pun dah konfem..sedikit yang merosakkan keghairahan nafsu adalah berita Van The Man yang tak nak sambung kontrak..hmmmmm...pendapat peribadi gua, itu adalah hak RVP sebagai pemain. siapa yang taknak cup? itu adalah penting bagi seorang pemain..begitu juga faktor gaji..karier mereka tak panjang mana..so gaji yang lumayan sememangnya penting untuk menghadapi masa depan..tapi sebagai peminat Arsenal, gua tak boleh nafikan sedikit perasaan terkilan dan kecewa bersarang di lubuk hati gua. pada gua lah, kemon RVP..Wenger ambik lu masa lu jadi pemain buangan di Feyenoord (betul ke gua eja ni). 50% dari tempoh karier lu dihabiskan di wad rawatan. itu pun Wenger tak jual lu murah-murah sebab dia percaya lu. takkan lu tak fikir semua ni kot..yes, lu meletup season lepas..tapi boleh ke lu maintain performance macam ni kat kelab lain? lu tengok je apa nasib lu kat skuad Belanda..tapi tulah, sebagai peminat yang takde apa-apa, siapaalh gua untuk RVP dengar semua ni..keputusan adalah milik mutlak dia. sebagaimana kita redho dengan pemergian players sepanjang sejarah klab ni, macam tu juga lah gua redho kalau betul RVP memang dah takde hati..HEROES COMES AND GO..OUR PASSION IS FOREVER..


kita buka pula buku EURO 2012 jap..semua player Arsenal yang mewakili negara masing-masing tak menjadi..dari RVP sampailah Podolski..harap-harap prestasi tak best ni tak melekat la bila buka season baru nanti..patutnya diorang 'hantam' betul-betul..balas dendam sebab out kat EURO..hehehehe...


apapun, gua harap kita fan Arsenal khusunya Melaka Gooners, kita jadilah fan yang rasional dan matang..jangan meroyan tak tentu hala bila kalah..jangan tepuk dada atas gunung bila menang..kalah menang, ini hanyalah permainan bolasepak..ini bukan agama yang perlu mati-matian kita perjuangkan..rilek je bro..jangan jadi macam fan kelab yang satu tu..ramai orang benci bukan sebab kelab tu, tapi sebab fan dia yang bak kata orang Melaka, macam lakanat! hahahahaha...


itulah sedikit sebanyak yang dapat gua taipkan di petang yang kudus ini..hehehe..semoga gua diberi kesempatan untuk terus menulis pada masa-masa akan datang..


COYG!


p/s : gua harap sangat MGians semua dapat memberi ulasan/berbalas komen kat ruangan komen..gua lihat ni sebagai satu cara untuk meriahkan sikit blog ni..terima kasih..

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Friday, 24 February 2012

Arsenal 125 Tahun - Sejarah Pasti Berulang

oleh : John Labu

Tahun ini tahun ke 125! Satu tempoh yang agak panjang dan penuh dengan sejarah serta nostalgia mendalam. Segala pahit manis selama lebih seabad ini dimemorikan dalam satu upacara sambutan pada hari match day ketika bertemu Everton di Emirates Stadium. Perlawanan dimana RVP10 memecahkan rekod penjaring terbanyak Arsenal dalam kalendar tahunan milik Thierry Henry. Satu gol sub volley yang setiap kali gua tengok balik, meremang segala bulu roma!

Dan sebagai simboliknya pada match tersebut, pengadil, Howard Webb telah menggunakan duit syiling sixpence sebagai lambungan sebelum sepak mula. Ini sebagai memperingati sejarah penubuhan Arsenal FC, di mana 15 pekerja/buruh kilang Woolwich Arsenal Armemant Factory( salah satu dari 3 The Royal Arsenal yang utama pada ketika itu) pada 1886 di Woolwich sanggup melabur sixpence setiap seorang demi menubuhkan satu pasukan bola sepak yang pada ketika itu dikenali sebagai Dial Square sempena tempat kilang itu didirikan. Dan selepas itu dari Dial Square FC, nama ditukarkan The Royal Arsenal sehinggalah pada 1891, ia dijenamakan semula dengan nama tempatan, Woolwich Arsenal.

Sixpence atau six pennies kini bersamaan 2 setengah pennies

Kilang Senjata - Woolwich Arsenal

Selain dari persembahan orchestra dan pancaragam dari pasukan tentera diraja di luar perkarangan Emirates, kehadiran para lagenda serta diberi guard of honor, lambungan syiling sixpense, Arsenal jugak pada matchday itu memberi penghargaan kepada Nottingham Forest. Jadi apa kaitan Nottingham Forest dengan Arsenal sebenarnya? Ya segalanya bermula di sini....

Siapa dia antara 15 orang tadi? David Danskin (pada match vs Everton tersebut, cicitnya diberi penghargaan bawak match ball ke padang), dari Kirkcaldy memang pekerja asal Kilang Arsenal di Woolwich. Berbangsa Scotland tapi cuba membawa pengaruh sukan sepak bola di tempat yang lebih terdedah kepada ragbi dan kriket pada masa itu. Dia dibantu 3 orang lagi kawan Elijah Watkins, John Humble dan Richard Pearce untuk melaksanakan impiannya.

Penghijrahan ke Woolwich oleh 2 pemain Nottingham Forest, Fred Beardsley dan Morris Bates, menambahkan lagi semangat Danskin untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak tempatan sendiri. Frederick William Beardsley adalah anak jati kelahiran Nottingham dan berkerja di sebuah kilang di sana dalam masa yang sama merupakan penjaga gol untuk Nottingham. Oleh kerana minat yang mendalam teramat sangat terhadap bola sepak, si Beardsley ni selalu laa mengular amek MC ponteng la segala bagai semata-mata hanya kerana nak main bola sehingga dia hilang punca pendapatan akibat dibuang kerja. Tragedi itu membuatkan dia memilih untuk berpindah mencari kerja di Woolwich, bekerja di sebuah gudang senjata. Di sinilah dia bertemu Danskin dan Humble serta mengutip derma kilat dari 12 yang lain membentuk sebuah team bola dengan nama Dial Square FC.

Beardsley sendiri menjadi penjaga gol dalam perlawanan pertama bagi kelab ini bertemu Eastern Wanderers dengan kemenangan 6-0. Result yang gemilang untuk membuka lembaran sejarah bukan? Dalam masa yang sama, oleh kerana pada masa itu status masih lagi pemain amatur, Beardsley sempat jugak kadang kala beraksi bersama pasukan kampungnya Nottingham Forest. Ulang alik punya ulang alik inilah pada ketikanya dan kesempatan Beardsley untuk 'meminjam' jersi merah gelap/maroon Nottingham Forest pada ketika itu untuk dipakai pula oleh Arsenal untuk perlawanan bola. Orang dulu bukannya senang, Sekarang jek dah boleh beli jersey gred AAA kat Rantau panjang atau Padang Besar buat jadi jersi team futsal. Hahahaa... itu pasal lah kaler kita dulu merah gelap, kalau ingat sewaktu musim terakhir di Highbury 2006 dahulu, warna ini telah dinaikkan semula sebagai warna jersi bagi menghormati sejarah. Kira Encik Berdsley ni boleh dikatakan ahli komiti Arsenal yang sangat aktif pada waktu itu dan jugak boleh dikatakan merangkap pengurus Arsenal pada akhir 1890 an.

Pada waktu inilah Dial Square ditukar ke Woolwich Arsenal yang selepas itu disambung legasi pengurusannya oleh pengurus-pengurus lain seperti Jack Humble, Sam Hollis, Bill Par, Tomas Brown Mitchell, George Elcoat dan Harry Bradshaw. Selain Beardsley, ada jugak beberapa pemain /buruh kilang yg berhijrah membawa pengaruh Nottingham Forest yang menular sehinggga tertubuhnya Arsenal. Beardsley kalau tak silap yang pakai topi dalam gambar di bawah, masa ni dia dah tak main dah.

Skuad 1988 - Geng Abang Misai Kacak Bergaya

Seterusnya Arsenal di bawah nama-nama pengurus di atas meneruskan pembinaan legasi sehingga akhirnya berjaya menyertai divisen kedua pada 1913. Dan setahun selepas itu bermulalah era baru Arsenal apabila kita berpindah ke Highbury dari Manor Ground di bawah Henry Norris. Norris bersama-sama William Hall sibuk bersusah payah mencari tempat baru untuk Arsenal , kerana dengan penghijrahan sahaja kata Norris, Arsenal mampu diangkat ke next level (ingat ayat ni). Mulanya Arsenal diberikan option untuk bertapak di Battersea dan Harringay tapi tak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. Norris mahukan satu tempat di mana mampu menarik jumlah penonton dan boleh membina satu fan base yang besar. Mereka cuba untuk mengelak supaya terlalu dekat dengan satu lagi pasukan tempatan , Tottenham Hotspurs, tapi prospek yang begitu menarik dan strategik adalah terlalu sukar untuk ditolak lebih-lebih lagi ia berdekatan dengan salah satu underground station maka bersetujulah untuk stadium baru dibina di situ. Suatu situasi yang menimbulkan perasaan dengki, marah dan kurang senang di kalangan penduduk tempatan terutama mereka yang menyokong Spuds yang pada ketika itu bergandingan dengan satu lagi kelab tempatan Clapton Orient memfailkan bantahan di mahkamah. Tapi apakan daya, peguam pendakwaraya mereka mulut lebih kurang sama dengan fans mereka, cakap saja lebih isi atau fakta tadak, maka Arsenal dengan mudah menang kes tersebut dan dibenarkan terus kekal di Highbury. Perlawanan rasmi pertama Arsenal di Highbury berjaya dibuka dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester Fosse. Sekali lagi satu cara terbaik untuk memulakan akaun di tempat baru.

Skuad "The Arsenal" 1913 - perasan something pelik tak kat gambar ni?


Norris pada setahun selepas itu sudah mula mendapat hasil, 125,000 pound telah berjaya diperolehi untuk dilaburkan hasil dari tarikan penyokong ke stadium. Walaubagaimanapun, Arsenal perlu membayar hutang sebanyak 20k setahun dalam tempoh 21 tahun. JADI NAMPAK TAK CYCLE YANG BERLAKU DI SINI? PENGHIJRAHAN DARI MANOR GROUND KE HIGHBURY TAK JAUH BEZA SITUASI DENGAN HIJRAH DARI HIGHBURY KE EMIRATES! MOGA KITA MAMPU MENCARI YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT.

Ini memungkinkan kelewatan Arsenal untuk 'lambat panas' di atas padang walaupun wang bukan faktor segalanya. Kegemilangan Arsenal bermula agak lewat selepas itu hanya pada era 30-an di bawah pengurus, Herbert Chapman. Namun Chapman telah mencetuskan pelbagai revolusi hingga membawa kepada apa yang Arsenal ada pada hari ini. Kalau tidak masakan , dirinya diangkat sebagai lagenda tersohor ketika tugu dirinya, Adams serta Henry megah berdiri di perkarangan Emirates.



Sejarah penting untuk pembangunan, petunjuk dan survival bangsa. Jika tidak masakan Thailand sanggup mengupah para sejarahwan mereka untuk menulis kembali dan mencedok sejarah bangsa lain serta merekacipta satu sejarah baru untuk dikagumi oleh dunia. Dalam kes Arsenal, sejarah yang diceritakan di atas jelas menunjukkan bahawa situasi getir yang kita hadapi hari ini pernah kita lalui pada masa silam, iaitu tidak menang apa-apa. Sebabnya? Penghijrahan yang dikorbankan oleh keluarga besar ini. Penghijrahan demi kejayaan berterusan pada masa depan. Bukankah ini juga yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW?

Oleh itu, gua tidak mahu digelar bodoh dan buta dari sejarah lampau. Oleh kerana itu, biarlah tahun ini tahun ke tujuh kita tidak memenangi apa-apa. Gua redha sebab gua yakin dari apa yang diajar oleh sejarah, piala akan melayang dengan penuh kesyahduan ke dalam dakapan kita. Gua yakin, gua percaya dan gua tak akan berputus asa. SEBAB GUA DIDIDIK, KITA BOLEH SEDIH DAN KECEWA, TETAPI KITA TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA. KERANA ORANG MUKMIN ITU, TIADA ERTI PUTUS ASA DALAM DIRINYA!

COYG!

sumber : arsenal.com, arsenalaysia, kamus dewan
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Monday, 20 February 2012

Bangang Si Abu

oleh : John Labu

Dua kekalahan berturut-turut. Satu kekalahan terbesar di pentas Eropah manakala satu lagi kekalahan di tangan kelab bawahan menyebabkan Wenger dihentak, dihentam, dibelasah dan dihina secukup-cukupnya. Tiada lagi kata-kata indah beralaskan sanjungan seperti mana ketika beliau membawa Arsenal menjadi satu jenama bolasepak yang cukup bergaya, cukup berjaya dan cukup seni suatu ketika dahulu. 7 tahun tanpa piala dianggap satu malapetaka yang cukup memalukan bagi ‘peminat setia la sangat puuiiiii’ Arsenal. Wenger dimandikan kata-kata nista dan hina. Apa yang tidak dilabelkan terhadap orang tua ini?? Nanyuk? Tak relevan? Kedekut? Gila? Sewel? Malahan hingga ada yang tergamak melabelkan beliau sebagai individu yang akan menjatuh dan menjahanamkan Arsenal...ingat perkataan ini.. ‘ menjahanamkan’...

Gua tidak berniat ingin mengulas tentang apa yang telah dilakukan selama beliau mengemudi Arsenal. Gua juga tidak berhajat untuk menceritakan detik suram 7 tahun tanpa trofi kelab ini. Sebab gua yakin kawan-kawan yang ada di Melaka Gooners sudah pun menjelaskannya samada di blog ini mahupun di facebook.

Kali ini gua ingin menyentuh tetang sikap bodoh dan kurang ajar yang tertanam dalam segelintir ahli Arsenal (serius gua malu bila ada fan arsenal yang mentaliti macam ni). Terutamanya yang menggunakan facebook KPTA Tetap Dihati puiiii yang dengan sukarelanya mempamerkan kualiti bangang mereka melalui makian, cemuhan dan kutukan tak berasas. Ada juga yang konon nak tunjuk pandai, tapi penghujungnya ayat-ayat yang ditaip tetap menghasilkan keputusan yang sama. Iaitu memang semulajadi bangang. Sampai kadang-kala gua gelak baca, memikirkan apa punya jenis makhluk la macam diorang tu. Perkataan bangang tu pun gua rasa lebih pandai berbanding apa yang mereka tonjolkan. Mana tak gua cakap bangang, orang dah bagi fakta, sebab dan pelbagai contoh berkenaan apa yang dialami oleh seluruh warga Arsenal kini. Tapi puak-puak ni tetap taknak terima. Apa punya benak tak tau la.

Tapi gua tak nak la mencemarkan kesucian dan keindahan penulisan gua dengan mengungkap kembali ayat-ayat bangang diorang tu. Geli siot! Gua nak ajak lu orang semua baca kisah ni dan fikirkan pengajaran yang gua nak sampaikan.

Abu bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah organisasi. Beliau merupakan pelerja biasa-biasa saja. Nak kata perform sangat, tak juga. Nak kata pemalas sangat, pun tak juga.

Di pejabat, beliau hanya menjalankan kerja-kerja yang ditugaskan kepada beliau. Itulah rutin beliau setiap hari. Yelah, nama pun pembantu am rendah. Takkan nak suruh masuk meeting BOD pulak ye tak. So sesuailah dengan taraf si Abu ni.

Tapi beliau ada satu tabiat yang sangat dibenci oleh rakan sekerjaya. Dari setiausaha bos sampailah makcik cleaner, semua meluat dengan pe’el si Abu ni. Pe’el macam mana tu?

Beliau terlalu ghairah mengkritik majikan dan syarikat tempat beliau bekerja. Ada saja yang tak kena pada si Abu ni. Bos tak pandai manage syarikatlah. Syarikat rugilah. Kenapa tak buat investment yang boleh beri keuntunganlah. Pekerja yang bos ambil bekerja tak baguslah. Macam-macam segala datuk nenek si Abu ni kompelin. Kritik, kutuk dan memperlekeh adalah makanan beliau bila datang kerja. Tak kiralah kat kantin ke, kat surau ke, kat meja kawan ke. Semua jadi port beliau.

Tapi yang peliknya bila bos bagi kenaikan gaji ke, bonus ke, takde pula dia puji kecekapan dan kebaikan bos tu. Tapi bila si Abu ni dengar je ada berita yang kurang best, siap....berhari-harilah jawabnya rakan sepejabat beliau berpeluang mendengar komen dan kutukan yang cukup membina dari Abu, bekas pemenang anugerah CEO Terbaik Dunia, anjuran Kesatuan Usahawan Dunia.

Selalu juga kawan-kawan si Abu ni tanya, kalau semua tak kena dimata rabun dia itu, bagi la cadangan apa yang terbaik untuk syarikat. Bagaikan orang miskin disorongkan kad kredit, si Abu pun mulalah menceritakan apa yang akan dia buat kalau dia yang diberi peluang untuk mentadbir syarikat tu. Berbuih-buih mulut Abu bercerita. Tapi yang peliknya, sorang-sorang kawan-kawan dia angkat kaki belah dari situ. Yang stay pun, naik pitam mendengar idea beliau. Berpinar-pinar mata. "Apa jibaok ni merepek? Ni bukan nak majukan syarikat, ni lagi nak melingkupkan", bisik hati mereka.

Klimaks kepada perangai bangang si Abu ni adalah pada suatu hari, dia menulis surat kepada bos beliau. Nak atau apa isi kandungan surat tu? ABU MEMINTA AGAR BOS BELIAU MELETAKKAN JAWATAN KERANA ABU MERASAKAN BOS TU TAK LAYAK UNTUK JADI BOS SEBAB DAH TUA, NYANYUK DAN STRATEGI YANG BOS DIA AMALKAN DAH TAK RELEVAN DAN TIDAK BERDAYA SAING DI PASARAN PERNIAGAAN.

Si bos yang membaca surat tu terkedu. Lantas beliau pergi ke meja Abu bekerja seraya berkata, “kau tak suka aku dengan kompeni aku, tapi aku lak yang kau suruh berhenti..patutnya kau la yang berambus..kau ingat kompeni ni kepala bapak kau punya ke? Bangang!!”, tengking si bos sambil menunjal-nunjal dahi jendul Abu.

Lu orang faham tak moral of the story?


Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Saturday, 18 February 2012

Info: Sindrom Pecat Wenger

oleh: MatalebamtengokmatchArsenal

Serius gua berbulu. Bukan macam Cinta Muka Bulu. Gua berbulu dengan langau-langau yang tak sudah-sudah suruh pecat Wenger. Asal kalah je, suruh pecat Wenger. Sindrom ni dah lama aku dok tengok. Nak-nak kat ade certain page kat facebook tuh. Semak aku tengok. Aku ajak duk se-table tak mau.

Sindrom pecat Wenger ni jadi bila Arsenal kalah. Bila kalah dengan Munyet 8-2, pecat Wenger. Kalah dengan AC Milan 4-0, pecat Wenger. Kalah dengan Swansea, pecat Wenger. Siap ada yang cakap Wenger dah tak relevan. Pergh! Menyirap gua beb. Kalau ada depan aku budak tuh, mau kena penumbuk. #eh..

Nak tengok tak budak-budak komen? Ni link dia. Korang gi usha. Cepat-cepat sebelum kena remove. Hahaha. http://www.facebook.com/groups/KPTAtetapdihati/336524816388922/

Korang gi baca dulu. Dah baca semua comment, baru datang sini balik. Syuh~

"Tiga sebab Arsenal perlu pecat Wenger.. 1. Wenger hampir 7 musim tanpa piala. 2. Falsafah dia menjadikan Arsenal tidak kompetitif dlm EPL. 3. Demi memberi harapan/perubahan kpd pemain senior Arsenal utk kekal terutaman Van persie."

Meh aku jawab.

1. 7 musim tanpa piala. Langit tak selalu cerah. Hidup tak selalu sihat. Duit tak selalu banyak. Mata tak selalu terang. Asik lebam je mata gua tengok match Arsenal memalam dan pepagi buta. Eh. Gua melalut pulak. Sori beb. Nasib baik gua tak melututkan je budak tuh. Eh. Melalut aje. Jap. 7 musim tanpa piala? Camni la. Setiap kelab, ada turun naik. Macam jugak kita kerja, kita amik exam. Kadang-kadang kita score. Kadang-kadang kita fail. Lumrah la tuh. Meh tengok sket kat fan Loserpool Liverpool. Diorang rilek jer. Takde pun kecoh-kecoh pecat Daglish. Jibauk-jibauk kat sane tuhhhhh, konon "Arsenal, we stand together". Jilaka la stand together. Pecat Wenger? Korang patut pecat diri korang dari sokong Arsenal. Nak kelab yang asyik menang jer? Pegi la sokong Barcelona. Kitorang tak heran. Wenger pun tak heran korang sokong kelab lain. Ade Wenger kisah?

2. Falsafah menjadikan Arsenal tidak kompetitif dalam EPL? Arsenal play the most beautiful football in England. Main cantik macam awek aku. Main cantik sampai commentator admit hanya Arsenal yang boleh lawan Barcelona. Tu tak kira kompetitif ke weyh? Nak Arsenal pindah LA Liga? Ke nak Arsenal pindah LA lalalalalala~? Agaknya la kan, kan kan, kalau Arsenal main kat LA Liga, mesti menang. kan? kan? Falsafah Wenger tak competitive? Aku rasa orang yang post ni lagi takde falsafah. Sokong bila menang. Bila kalah, pecat Wenger. Bila kalah pecat manager. 5 kali kalah, 5 kali ganti manager. Tak ke haru biru?

3. Beri harapan/perubahan kepada pemain senior Arsenal untuk kekal. Camni. Kalau Wenger jadi manager France, okay la jugak. Kalau dia pindah Real Madrid? Pindah Manshitty Man City? Player mesti ikut manager kesayangan diorang. Ingat time Mourinho pindah Chelsea dari Porto? Bape banyak player Porto dia sebat bawak masuk Chelsea? Tengok Redknapp time masuk Spurns Spurs? Redknapp rembat Kranjcar, Defoe dari Portsmouth. Nak kekal? Jangan harap lah. Nak berubah? Ingat senang ke? New manager nak build up squad ingat senang kalau budget tak banyak? Ganti Wenger dengan Moyes? Aku tak nafikan Moyes tu mantap. Tapi agak-agak mental dia cukup kuat ke nak mengadap pressure top club? Ingat balik kes Roy Hodgson. Bawak Fulham sampai final Europa League tapi tak boleh cope jugak pressure kat Liverpool.

Agak-agak cukup ke gua cakap nih? Cukup ke tak? Kalau tak cukup, gua panggil KipassusahmatiArsenal ataupun John Labu jawab budak-budak ni punya meroyan. Langau-langau ni patut kena carun je dengan Bomoh Getek. eh, silap. racun. hehehehe~

Ape pun, kitorang kat sini, kat Melaka Gooners, will always support who play for Arsenal and who manage Arsenal and who drive Arsenal forward till forever.

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Info: Arsenal F.C

oleh : Kipasusahmatiarsenal dgn bantuan wikipedia dan google.

Arsenal F.C. (dikenali sebagai Arsenal atau The Gunners) ialah kelab bola sepak profesional England yang berpusat di utara London. Mereka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.

Arsenal Crest

Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.



Stadium Emirates

Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenham Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.

Herbert Chapman
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.

Cliff Bastin

Alex James
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.

Bertie Mee
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United ataupun lebih dikenali dengan gelaran Munyet yang hingga kini dianggap sebagai klasik.


Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu, dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.

Arsene Wenger
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles"keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah. Satu Rekod negara England.

The Invincibles


Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.

Nantikan episod seterusnya (^_^)v

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Friday, 17 February 2012

10 REASONS ARSENAL FANS SHOULD STOP WHINING AND SUPPORT ARSENE WENGER

After the 4-0 hammering in Milan, many Arsenal supporters have been calling for Arsene Wenger's head today. There are plenty of others who remember life before Wenger and appreciate what they've got, however, so here are 10 reasons why the spoilt Gooners should pipe down and get on with it…

1) TOP FOUR IS ACCEPTABLE FOR ARSENAL
Like it or not, Arsenal's hierachy refuse to compete with Man United, Man City, Chelsea or Liverpool when offering transfer fees or wages, so will continue to miss out on top talent. A quick glance at the league table shows Liverpool, who've spent more than £110m on players since January 2011, trailing the Gunners by four points. Are Reds fans calling for Dalglish's head? Of course not.

2) WENGER HAS EARNED THE RIGHT TO LOSE 4-0 IN THE CHAMPIONS LEAGUE
Yes, that's right, the Frenchman has earned the right to be thrashed in one European match. Why? Because he is the man responsible for getting Arsenal into the competition 14 years in a row. By contrast, local rivals Spurshave appeared in one edition of the tournament (losing 4-0 to Madrid) and, all of a sudden, Harry Redknapp's a football genius while Wenger's useless. Get a grip.

3) THE PREMIER LEAGUE'S FINANCIAL MODEL HURTS WENGER
In Germany, where financial regulations ensure clubs are majority owned by supporters, the Bundesliga has crowned four different champions in five years. This season, after 21 games, just five points separate the top four while in England, Man United and Chelsea's seven year monopoly is only under threat because of Man City's big spending; much of which has directly weakened Arsenal's team.

4) THE GUNNERS PLAY BEAUTIFUL FOOTBALL
It may surprise Johnny Come Lately Gooners, but the Gunners were famed as "boring, boring Arsenal" for decades before Arsene Wenger arrived, due to the turgid style of play regularly served up at Highbury. Football fans love to be entertained and at the Emirates, Wenger's free-flowing philosophy allows the Gunners to spray the ball around majestically every week, often with an end product to match. For half of his reign it also brought trophies, but in the absence of silverware Gooners have still been treated to top class football. Try watching a team that doesn't win trophies and lumps it aimlessly every week.

5) LOOK AT THE BIGGER PICTURE
Last year, Wenger inspired a thrilling victory over Barcelona; a team thought of as one of the greatest of all-time. They were inches away from dumping the Catalans out of Europe when, harshly down to ten men following van Persie's dismissal, Bendtner spurned a glorious opportunity late on. Of the midfield that inspired that first leg win at the Emirates, Fabregas was always going to leave, Wilshere's been injured this season and it's not Wenger's fault Man City have hundres of millions to spend on the likes of Samir Nasri. Wilshere will make a difference when he returns, Frimpong is going to be a top player and Oxlade-Chamberlain can be immense.

6) WHO'S THE ALTERNATIVE?
Forget Mourinho - he's not going to a club that doesn't spend big. Who does that leave? Neil Warnock, Steve Bruce or Mick McCarthy? Take your pick.

7) WENGER'S NOW WILLING TO ADAPT
When the referee put Arsenal out of their misery in Milan by blowing for full-time, we all waited for Wenger to draw positives out of defeat, blame the San Siro's terrible turf or somehow allude to his team's performance as one of misfortune rather than ineptitude. Instead, probed on whether it cast doubts over his philosophy, Wenger suggested it questioned everything. That response alone represents a huge step for a manager widely regarded as one of football's most talented, but equally most blinkered. With an open mind, Wenger can get Arsenal back on track.

8) BEATEN BY SUPERIOR OPPOSITION
In Milan, Arsenal were humiliated by a team containing great attacking flair. Was it really surprising to see Robinho, Ibrahimovic and Boateng dismantle the Gunners so spectacularly? Napoli, who dumped Premier League leaders Man City out of the competition, currently lie seventh in Serie A, 13 points behind Milan, thecurrent Italian champions. What about Man United? How did they get on in the Champions League this week? That's right, it was all over in December, courtesy of (ahem) those European giants, Basel.

9) WENGER COULD HAVE JOINED A BIGGER CLUB IN 2009 - HE DESERVES LOYALTY IN RETURN
It's no secret 'the Professor' was courted by Spanish giants Real Madrid in 2009; a club where he could have coached the world's best players, capable of rewarding his hard work with a realistic chance of domestic and European honours for the first time in several years. Instead, Wenger remained loyal to Arsenal, knowing his departure would open the door for their best players to follow suit, ultimately consigning the Gunners to mid-table obscurity. Arsenal fans were happy to enjoy the club's greatest ever days under Wenger, now they must give an absolute club legend their support at a time when the Gunners can still win the FA Cup and qualify for the Champions League again.

10) ARSENAL LADIES CAN STILL WIN THE CHAMPIONS LEAGUE
A recent 6-2 aggregate demolition of Rayo Vallecano ensured Arsenal's ladies a safe passage into the Champions League last eight where, as England's sole representatives, they meet Gothenburg over two legs in March. Laura Harvey's girls are also on course for a sensation double, topping the Women's Super League, three points ahead of Birmingham having won the inaugural trophy last year. And guess what? Money doesn't dictate matters in ladies football. It's not all doom and gloom at the Emirates (or Boreham Wood FC, where the Ladies play their home games), is it? Why not get down to their Champions League quarter-final on March 14th to show your support? OK, Wenger's got nothing to do with the Ladies team, but they are proof it's not the end of the world at Arsenal!

dipetik dari talksport.co.uk

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Monday, 13 February 2012

Info: Born To Be a Legend...and Will Always Be a Legend.



oleh : Gua Peminat Arsenal



Gelaran Legend yang diberikan bukanlah kerana rekod piala dan jaringan yang dicetaknya dalam kanvas sejarah Arsenal FC, tetapi juga kerana perasaan cinta yang amat mendalam di hatinya...

Dialah Thierry Daniel Henry. Penjaring terbanyak Arsenal dengan 229 gol (sehingga artikel ini ditulis). Gua juga seperti peminat kelab meriam yang lain, sememangnya tidak asing dengan susuk ini. Legend, killer striker sehinggalah The King adalah gelaran yang diberikan peminat terhadap pemain hebat ini. Seperti yang ditulis dalam perenggan diatas, gelaran ini bukan saja kerana kehebatannya ketika mewakili Arsenal, tetapi juga kerana ‘jiwanya’ pada kelab ini yang jarang dimiliki oleh pemain lagenda lain. KERANA ‘JIWA’ INILAH, DIA SANGGUP MELETAKKAN STATUS LAGENDA YANG DIMILIKINYA DI ATAS NERACA RISIKO? Kenapa gua cakap macam ni? Teruskan membaca....

Selepas menempa reputasi yang dahsyat di Arsenal, Henry mengambil keputusan untuk mencuba bisanya di Barcelona. Bukan sedikit peminat yang kecewa dan marah dengan penghijrahan ini. Namun, semua perasaan negatif ini bersarang dalam hari peminat hanya seketika. Kerana apa? Kerana walaupun jasadnya menyarung jersi Barcelona, hati, jiwa dan raganya tetap menunjukkan dia adalah hak milik kekal Arsenal.


Bukan saja kerana dia kerap mengeluarkan kenyataan yang menyatakan rindunya pada kelab meriam ini, tetapi kita boleh melihat gaya permainannya tidak seghairah ketika dia bersama Arsenal. Ada yang mengatakan faktor usia, Henry sudah melepasi zaman kemuncaknya. Ada benarnya, tetapi bukanlah satu alasan yang sangat kuat untuk diterima. Ini kerana ketika dia menyertai Barcelona, dia masih hebat dan berbisa dalam musim terakhirnya bersama Arsenal.
Henry juga sering balik ke Emirates untuk menonton perlawanan Arsenal. Dan pasti kita semua masih ingat sewaktu pertembungan Arsenal – Barca di Emirates (UCL 2010), Henry dimasukkan sebagai sub. Jelas, betapa tidak selesanya dia bermain ‘di rumah sendiri dan menentang keluarganya’...



Meneruskan karier di Major League Soccer (MLS), Henry tetap membawa imej yang sama. Walaupun menyerlah bersama New York Red Bulls, dia tetap dilihat sebagai ikon Arsenal. Begitu kuat sekali jodoh antara 2 entiti ini.

Jika hendak diikutkan, Henry boleh terus untuk memilih jalan selamat. Iaitu dengan kekal menjadi bekas pemain Arsenal berstatus lagenda. Ada statue, diberi penghargaan pada masa-masa tertentu dan terus disanjungi dek kerana sumbangannya pada kelab. Namun kerana jiwa dan cintanya pada kelab inilah yang gua maksudkan., dia mengambil risiko dengan memperjudikan gelaran lagenda itu.



Keputusan yang Henry ambil untuk menerima tawaran sebagai pemain pinjaman Arsenal bukan sekadar untuk memastikan dia kekal cergas sebelum MLS memulakan musim baru, tetapi juga kerana dia sedar, Arsenal memerlukannya. Ini kerana, di dalam bilik persalinan, selain RVP, tiada pemain lain yang pernah merasa pengalaman menjulang piala bersama Arsenal. Meriam-meriam muda yang ada sangat memerlukan sesuatu yang dipanggil pembakar semangat dan pencetus inspirasi untuk menghadapi musim 2011/2012 yang sungguh-sungguh mencabar buat Arsenal. Seseorang yang seperti disifatkan Lionel Messi ketika Henry memasuki bilik persalinan sewaktu baru sampai di Nou Camp, aku tidak berani memandang tepat ke matanya...kerana aku sedar apa yang telah dicapainya di England”... – pemain seperti inilah yang diperlukan dalam skuad muda Arsenal. Dan tiada yang lebih layak selain Thierry Henry. 

Oleh itu, tawaran yang dibuat oleh Wenger adalah tepat pada masanya. Henry diperlukan untuk membawa winning mentality dalam bilik persalinan. Dia adalah motivator buat pemain muda.

Namun, gua rasa Henry turut sedar risiko yang bakal ditempuhnya. Bila beliau kembali, pasti ada jibaok peminat yang ingin melihat dia kembali seperti dulu. Pantas dan hebat menjaringkan gol. Semua itu adalah mustahil pada usia beliau kini. Dan jika ditakdirkan kehadiran beliau tidak membantu Arsenal, sudah pasti beliau dicemuh, dikritik serta gelaran lagenda dan King yang beliau miliki akan tergugat.

Tetapi jiwa dan cintanya pada Arsenal melebihi segalanya. Beliau rela mengharungi semua itu, asalkan dapat membantu kelab yang sangat dicintainya ini. Maka, Henry tetap menyarung kembali jersi merah putih berlogo meriam ini.

Hasilnya? 6 penampilan-3 shots on target-3 gol termasuk 2 gol kemenangan. Adakah tidak cukup hebat? Lebih dari itu. 2 gol kemenangan ketika menentang Leeds dan Sunderland cukup menyedarkan gua betapa pentingnya Henry pada Arsenal dan betapa berbaloinya kepulangan King ini.

Adakah gelarannya tergugat? Tidak, malah lebih hebat. Rekod jaringannya bertambah. Penghormatan yang diterima semakin meninggi. Peminat semakin sayang. Jadi jika gua ditanya adakah berbaloi risiko yang diambilnya untuk kembali menyarung seragam Gunners? Gua akan menjawab, ‘berbaloi-baloi”. 





Inilah secebis kisah tentang cinta dan pengorbanan. Gua bukanlah peminat yang cukup lama bersama Arsenal. Namun setiap kali kamera shot menunjukkan Henry warm up, bulu roma gua dan tegak. Henry masuk padang, berlari, menendang bola dan cuba menjaringkan gol, gua rasa sebak. Dan setiap kali dia menjaringkan gol dalam the most sensational return in modern football history, gua rasa macam nak menangis....kerana memikirkan pengorbanannya terhadap Arsenal......

THIERRY HENRY... BORN TO BE A LEGEND...AND ALWAYS LEGEND.....



Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Friday, 10 February 2012

Info: Tahlil Arwah Daim

Salam Sejahtera.

Arwah Daim telah selamat dikebumikan petang tadi. Selepas Maghrib tadi diadakan tahlil untuk Allahyarham Daim. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Esok, Jumaat 10.12.2012, keluarga Arwah Daim akan mengadakan tahlil sekali lagi. Selepas Maghrib bertempat di rumah keluarga Arwah Daim. Kepada yang beragama Islam dan mempunyai kelapangan untuk ke sana, dialu-alukan. Sebarang sumbangan kebajikan juga boleh dihulurkan di sana.

Rumah keluarga Arwah Daim berhampiran dengan Petronas Semabok. Jika ada kemusykilan, boleh hubungi saudara Ted di 013 2722644 atau saudara Hafizi di 017 3682430 untuk direction ke sana.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Daim. Semoga rohnya tenang di sana. Amin.

Al-Fatihah.
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG