Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Thursday, 9 February 2012

News: Futsal 09.02.2012 (Cancel)

Salam Sejahtera.

MelakaGooners ingin membuat pengumuman bahawa segala aktiviti futsal pada hari ini dibatalkan.

MelakaGooners juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Daim Jamaludin a.k.a Daim, Damia, @mahkotaakasia (twitter) di atas pemergian saudara Daim yang pulang ke rahmatullah pagi tadi.

Semoga Arwah dicucuri rahmat dan semoga ditempatkan dikalangan golongan yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

News: Perkembangan terbaru EPL

Salam Sejahtera.

Hot Hot Hot!! Makluman dari sumber yang sahih lagi pasti, Fabio Capello telah meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan England. Jack Wilshere dalam laman sosial twitter amat terkejut dengan perletakan jawatan Capello. Wilshere mengucapkan terima kasih kepada Capello kerana memberikan Cap pertama Wilshere untuk England dan juga membantu Wilshere lebih berjaya sebagai seorang pemain muda. Wilshere ternyata sedih dengan perletakan jawatan Fabio Capello. Seperti Wilshere, penganalisis bola sepak, peminat England dan peminat bola sepak di serata dunia kini tertanya-tanya siapa bakal pegurus England yang baru. Sudah la Euro 2012 tak lama lagi, England kini tempang tanpa pengurus. Harry Redknapp disebut-sebut sebagai bakal pengganti Fabio Capello. Apa pun, tunggu dan lihat.

Kita ke Libreville, Gabon untuk update AFCON 2012. Semi-final antara Ivory Coast dan Mali. Menjadi kebanggaan fan Gunners termasuk la MelakaGooners apabila Gervinho menjaringkan gol untuk Ivory Coast sekaligus melayakkan diri ke final AFCON 2012. Memang gol yang terbaik dari Gervinho sekaligus mengingatkan kita mengapa Arsene Wenger membeli Gervinho dan pengaruhnya sangat besar di Arsenal. Apa pun, tahniah Gervinho dan Ivory Coast. Best of luck untuk final AFCON 2012. Jangan injured sudah.

Berita terakhir ialah perlawanan piala FA pusingan ke lima. Dengan ini, secara officialnya lawan Arsenal pada pusingan ke lima ialah Sunderland. Arsenal akan bertandang ke Stadium of Light untuk perlawanan tersebut. Perlawanan piala FA akan berlangsung pada 18 Februari 2012 Sabtu. Kalau ada live di Astro, kemungkinan akan ada gathering tengok bola macam biasa. Semoga Arsenal layak ke pusingan seterusnya dan menamatkan kemarau pingat yang sudah masuk hampir 7 tahun.

Itu sahaja update setakat jam ini. Sekiranya ada sebarang pandangan, ulasan, kemusykilan, sila la komen di bawah atau email saja kepada MelakaGooners. Have a nice day (^_^)v

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Selamat Datang

Salam Sejahtera.

MelakaGooners nak ucapkan Selamat Datang kepada semua peminat-peminat Arsenal terutamanya yang ada kat area Melaka. Kepada Gooners yang luar Melaka pun boleh join. Tiada halangan. Tiada paksaan. Hehe.

Setelah melihat fan base Arsenal kat area Melaka bertambah setiap minggu, maka MelakaGooners mengambil inisiatif untuk mengembangkan lagi sayap di alam maya. Sejarah MelakaGooners bermula ketika admin Kelab Penyokong Tegar Arsenal (KPTA) di facebook mengadakan perjumpaan pertama dengan futsal gathering di Kompleks Sukan Batu Berendam. Bermula dari situ, semakin aktif dengan menganjurkan futsal setiap minggu, setelah KPTA dibubarkan di facebook, maka tertubuhlah MelakaGooners.

MelakaGooners bertujuan mengumpulkan seberapa ramai penyokong Arsenal di area Melaka. Untuk rujukan di facebook, boleh la cari Gooners Melaka. Bagi yang mempunyai twitter, boleh jugak follow @MelakaGooners. Untuk email, boleh email ke melaka.gooners@gmail.com.

Blog ini akan mengupdate ulasan peminat selepas perlawanan Arsenal, gosip terbaru berkaitan Arsenal, apa-apa yang berkaitan Arsenal di Malaysia (kalau mampu), kami akan sediakan link ke AMS, AMG, KPTA etc. Selain itu, tujuan utama ialah untuk info berkaitan aktiviti-aktiviti Gooners kat Melaka cam futsal, bowling, karaoke, makan-makan apa-apa lagi la yang patut.

Sekiranya ada cadangan, jangan malu-malu untuk diutarakan.

Blog ini hanya permulaan. Akan diupdate dari semasa ke semasa. Maaf kalau serba kekurangan. Kena mula dulu. Design boleh buat kemudian. Sebenarnya, admin yang tak sabar nak post. (^_^) v

-COYG-

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG