Saturday 11 August 2012

Arsenal Hari ini

oleh: matalebamtengokmatchArsenal

Salam Sejahtera.

Gua dah lama tak menulis. Maaf kerana gua menyepi. Lantaran kekangan masa dan tiada ilham untuk gua update. Ya, gua tau banyak update pasal Arsenal. Gua bersama Winston13, John Labu dan rakan-rakan penulis lain meminta maaf kerana tiada update yang sepatutnya. Bulan puasa ni tak baik marah-marah.

Gua rasa gua nak update pun korang semua dah lebih up-to-date dari gua. Anyway, gua nak cerita sikit pasal Arsenal Asia Tour 2012. Gua pergi bersama geng-geng Melaka Gooners ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan training dan jugak match lawan Malaysia. Gua terpaksa mintak cuti jadi imam terawikh kat surau taman gua semata-mata nak pergi tengok Arsenal. Hahaha. 

Dari sesi training, gua nampak kenapa Walcott selalu AW turunkan dalam kesebelasan utama. Work rate beliau sangat tinggi. Theo memang rajin dalam training dan sharp. Chamakh pulak seperti lebah yang hilang sengat. Prestasi ketika training dan match amatlah tidak meng-impresskan gua. Yang lain-lain macam biasa. Gua tak berkesempatan untuk melihat training defender dengan lebih detail sebab depan gua forward, midfield dengan keeper training. Time Arsenal Asia Tour kali ini, gua rasa diorang kepenatan. Dan diorang travel jauh-jauh datang Asia, dengan cuaca yang panas, amatlah tidak membantu.Apa pun, gua puas hati dapat tengok training dengan match tahun ni. Tahun lepas gua tak dapat pergi sebab bos gua tak bagi balik awal. Choi! Anyway, gua nak ucapkan terima kasih kat Arsenal MY, Arsenal Malaysian Supporters (AMS), Arsenal Malaysian Gooners (AMG), Melaka Gooners (MG) dan group-group yang datang memeriahkan SBJ tempoh hari. Ceh. Macam gua pulak organizer. Choi lagi sekali!

Beralih kepada transfer, gua agak lu orang semua happy dengan Wenger sebab sambar Podolski, Giroud dan Cazorla. Tiga-tiga player ni gua dimaklumkan hanya berjumlah 34juta pound kurang 1juta dari harga Andy Caroll. Well, Wenger does it again! Gua pun happy sebab Wenger duk menafikan pasal Giroud dengan Cazorla kat media. Tup-tup, terus je official. Ni gua suka. 

Dalam transfer jugak, gua nak berikan pendapat gua sebagai seorang fan yang tak pernah menjejakkan kaki kat Highbury mahupun Emirates. Gua hanya tengok match samada di kedai mamak, rumah ataupun live streaming. Pada pendapat gua, Arsenal lebih memerlukan RB dan LB. Memang kita ada pelapis untuk Sagna. Kita ada Jenkinson, Yennaris dan Coquelin. Tapi gua still tak berapa nak konfiden kalau diorang yang jadi deputy Sagna. Jenkinson, bagi gua sangat bagus offensively tapi defensively, agak kurang. Yennaris dan Coquelin dua-dua main midfield dan hanya dikerah main RB lepas Sagna, Jenkinson, Djorou cedera musim lepas. Jadinya, gua sangat mengharap Wenger membeli RB. Bagi LB, Gibbs dengan Santos disamping Miquel sebagai back-up. Kalau lu orang perasan, Santos jarang main LB time pre-season ni. AW asyik la letak dia kat midfield. Gua takut Santos lupa camane cara nak defend je nanti. Hahaha. Miquel pulak muda. Gibbs pun asal dari LW jadi LB. Tapi gua harap, dengan adanya Steve Bould sebagai Asst. Manager baru, dengan experience beliau sebagai defender, dapat mengajar defender Arsenal untuk defend dengan lebih cemerlang.

Sahin, adakah Arsenal perlukan beliau? Gua rasa perlu. Ya, kita memang ramai player kat midfield. Kita ada Wilshere, Song, Arteta, Ramsey, Rosicky, Coquelin, Frimpong, Diaby, Lansbury, Cazorla, Arshavin, Oxlade. Ada lagi ke gua tak tulis. Frimpong, Rosicky, Wilshere semua injured. Kenapa gua rasa Sahin diperlukan? Sebab gua rasa midfield Arsenal prone to injury. Dengan ada Sahin, makanya Arsenal akan jadi lebih competitive. Lagi satu, Sahin ni bukan traditional defensive midfielder macam Nigel De Jong ataupun Gennaro Ivan Gattuso. Tapi beliau mirip kepada Song. Pada pendapat gua la. Kalau lu orang rasa lain, lu orang boleh komen nanti. Hahaha. 

Mengenai RvP. Ya. Menjadi tanda tanya ke mana hala tuju beliau. Gua susah nak terima kalau beliau pindah ke Machester. Samada United ataupun City. Kalau RvP nak pergi dari Arsenal, pergilah jauh-jauh. Pergi Turin ke Milan ke. Gua faham beliau nak menang cup. Ni pandangan peribadi gua. Walaupun RvP hanya ada satu season yang paling baik dengan Arsenal, gua rasa beliau wajar digelar hero untuk season lepas. Di kala Chamakh hilang konsistensi di depan gol, di kala Park Chu Young tidak diturunkan selepas tidak suit dengan pace EPL, RvP yang banyak bawak Arsenal ke atas. Tapi tak lupa kepada player lain. Cuma, bagi gua, sumbangan RvP sangat besar season lepas. Season lepas memang beliau top. Gua tak pasti apa yang bermain dalam kepala beliau. Tapi apa yang gua pasti, apa yang berlaku ada hikmahnya. Andaikata RvP meninggalkan Arsenal, gua ucapkan selamat jalan dan selamat maju jaya. Tapi, sebaiknya, gua nak dia stay kat Arsenal sebab dia still captain Arsenal. Tu pandangan gua la.

Panjang pulak gua tulis di pagi hari ni. Anyway, jangan lupa Arsenal vs Cologne nanti. Gua tak pasti ada live ke tak kat Astro. Tapi gua pasti live streaming confirm ada. Kalau lu orang nak tengok live streaming, boleh pergi sini, Atdhenet.

-COYG-

p/s: Gua tengok langau-langau kat satu group Arsenal kat facebook ni makin lama makin berbulu pulak. Gua ajak friendly futsal takde pulak nak turun. Lu orang tau group mana. Kan?

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

3 comments:

  1. Tapi kan bro, tak ramai sangat ke nanti midfield? Eisfeld lagi. Aneke lagi. Fuih. Banyak tuh. Tak pening ke AW? Ahhh. Pandai-pandai AW la. Kalau dia nak sign Sahin pun, aku tumpang happy :)

    ReplyDelete
  2. hahaha. ye la tu. sapa lagi kalau bukan KPTATD puuihhh.. wahaha. Lan, KPTA yang lama elok ja. KPTATD yang puihhh. kekeke.

    ReplyDelete