Friday, 13 July 2012

Kenangan.. Harapan.. Masa depan..

oleh : John Labu



assalamualaikum..lama betul blog ini terbiar bersawang sepi..gua memang betul-betul busy..ditambah pula dengan kekangan sukar mendapatkan akses internet (maklumlah, rumah takde streamix atau broadband..hehehe), maka terbangak-bangaklah blog ini menanti dikemaskini..mohon maaf kepada para pembaca setia Melaka Gooners blog sekalian (kalau ada la..hehehe...)


apa yang kita bincangkan disini? mengimbas kembali pencapaian Arsenal musim lepas? bagi gua, musim adalah musim yang sungguh dramatik bagi EPL..title yang ditentukan hingga ke masa kecederaan perlawanan terakhir..lebih dramatik bagaikan filem Hindustan jika kita nilai cerita team kesayangan kita..huhuhu..


permulaan yang sangat buruk semenjak 58 tahun yang lalu,jual 2 player yang punya pengaruh yang besar ke atas pasukan, hilang kapten (dengan cara yang menjengkelkan),hilang pemain paling berpotensi sepanjang season lepas akibat kecederaan, kalah teruk kepada si setan merah, kalah semua game sepanjang Januari 2012, krisis kecederaan yang menyaksikan kita kehilangan full back untuk tempoh yang agak panjang..ini semua hanya apa yang gua ingat..mungkin korang semua ingat dengan lebih detail lagi..


tak mungkin kita dapat lupakan di suatu waktu, Arsenal terperosok di tangga ke 17 liga..masa ni semua bongok-bongok..yang anti Arsenal kemaen lebat sembang..Arsenal akan tersingkir la..Wenger dah tak relevan la..termasuk la langau-langau kat KPTA tetap di hati puiiiii! terus terang gua cakap, masa tu gua tak gelabah pun..gua rilek sebab gua tau meriam akan kembali meletup..


pembelian secara pukal di minit-minit akhir tingkap perpindahan ditutup merupakan satu tindakan yang mengejutkan semua pihak. 5 orang sekali borong dan semuanya player yang berpengalaman. gua melihat tindakan ini sebagai satu langkah bijak oleh Le Prof yang menyebabkan kita mampu kembali bernafas. sejak dari itu, kita kembali bertatih mendaki liga. hasilnya, tempat ke tiga yang menyebabkan semua orang terlopong mulut terbuka dengan hasil yang ditunjukkan oleh Wenger dan skuadnya. mengambil kira setiap aspek dari awal musim, apa yang telah Wenger buat secara peribadi gua simpulkan sebagai kerja gila! tapi nyata berhasil..


musim lepas juga menyaksikan orang yang cukup lama berkhidmat untuk kelab meriam ini bersara..Pat Rice..memulakan karier di Arsenal FC sebagai pemain, beliau meneruskan bakti sebagai staff kejurulatihan..44 tahun dia mendambakan diri dan akhirnya, beliau rasa telah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal..terima kasih Pat Rice atas segala jasa dan bakti..seronok tengok kau kena lambung-lambung dek players masa last game tu..


so, itu adalah kenangan sepanjang season lepas..yang seronoknya, walaupun senak perut mengharungi pelbagai dugaan, kita tetap mampu duk atas Spuds..muahahahaha..burung tetap burung..Mind The Gap!!!


apa pula harapan kita untuk musim 2012/2013 ni? jersi dah konfem..Podolski & Giroud pun dah konfem..sedikit yang merosakkan keghairahan nafsu adalah berita Van The Man yang tak nak sambung kontrak..hmmmmm...pendapat peribadi gua, itu adalah hak RVP sebagai pemain. siapa yang taknak cup? itu adalah penting bagi seorang pemain..begitu juga faktor gaji..karier mereka tak panjang mana..so gaji yang lumayan sememangnya penting untuk menghadapi masa depan..tapi sebagai peminat Arsenal, gua tak boleh nafikan sedikit perasaan terkilan dan kecewa bersarang di lubuk hati gua. pada gua lah, kemon RVP..Wenger ambik lu masa lu jadi pemain buangan di Feyenoord (betul ke gua eja ni). 50% dari tempoh karier lu dihabiskan di wad rawatan. itu pun Wenger tak jual lu murah-murah sebab dia percaya lu. takkan lu tak fikir semua ni kot..yes, lu meletup season lepas..tapi boleh ke lu maintain performance macam ni kat kelab lain? lu tengok je apa nasib lu kat skuad Belanda..tapi tulah, sebagai peminat yang takde apa-apa, siapaalh gua untuk RVP dengar semua ni..keputusan adalah milik mutlak dia. sebagaimana kita redho dengan pemergian players sepanjang sejarah klab ni, macam tu juga lah gua redho kalau betul RVP memang dah takde hati..HEROES COMES AND GO..OUR PASSION IS FOREVER..


kita buka pula buku EURO 2012 jap..semua player Arsenal yang mewakili negara masing-masing tak menjadi..dari RVP sampailah Podolski..harap-harap prestasi tak best ni tak melekat la bila buka season baru nanti..patutnya diorang 'hantam' betul-betul..balas dendam sebab out kat EURO..hehehehe...


apapun, gua harap kita fan Arsenal khusunya Melaka Gooners, kita jadilah fan yang rasional dan matang..jangan meroyan tak tentu hala bila kalah..jangan tepuk dada atas gunung bila menang..kalah menang, ini hanyalah permainan bolasepak..ini bukan agama yang perlu mati-matian kita perjuangkan..rilek je bro..jangan jadi macam fan kelab yang satu tu..ramai orang benci bukan sebab kelab tu, tapi sebab fan dia yang bak kata orang Melaka, macam lakanat! hahahahaha...


itulah sedikit sebanyak yang dapat gua taipkan di petang yang kudus ini..hehehe..semoga gua diberi kesempatan untuk terus menulis pada masa-masa akan datang..


COYG!


p/s : gua harap sangat MGians semua dapat memberi ulasan/berbalas komen kat ruangan komen..gua lihat ni sebagai satu cara untuk meriahkan sikit blog ni..terima kasih..

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

2 comments: