Wednesday 7 March 2012

Post Match : UCL 2012 : Arsenal vs AC Milan (2nd leg)

oleh : John Labu



Kelas!

Itu yang dapat gua simpulkan untuk match pagi tadi. Bukan sedikit harapan menggunung yang dibebankan atas bahu player dan manager, walaupun ramai juga yang cuba bersikap realistik agar tidak terlalu berharap. Defisit 4 gol menentang gergasi Itali bukan semurah dan semudah sembang di kedai kopi mahupun di KPTA tetap dihati puiiii... Namun, skrip yang terhidang menyebabkan hati yang gundah gelana kembali berbunga, walaupun di klimaks cerita, kecewanya tetap dirasa.

Gua bangkit pagi tadi dengan tidak meletakkan harapan yang terlalu menebal. Bukan sebab tidak yakin, tapi takut terlalu kecewa. Sebab gua masih mimpi ngeri dengan performance masa 1st leg yang serba tidak menjadi. Walaupun aksi meyakinkan dipersembah sewaktu menentang kelab burung duk atas bola dan kelab sandarkan pada kenangan, tapi kali ini lain rencananya. AC Milan, kelab yang terkenal dengan taktik bertahan yang jitu.


Sedikit terlewat, masa gua switch on TV, Arsenal dah leading 1-0. Gua sedikit terkejut. Awalnya score. Petanda baik ke? Berbekalkan bantal busuk, gua cekalkan hati untuk menonton. Gua sedikit sebak. Apa yang boleh gua cakap, inilah Arsenal FC. Bermain dengan laju,cun, kemas dan menyerang lawan tanpa belas kasihan. Sehinggakan defence Milan yang kononnya mantap, nampak macam budak-budak baru masuk akademi bola. Terutamanya masa 2nd goal. Percaturan Wenger meletakkan Oxlade sebagai CM sememangnya menjadi. Bersama si Little Mozart Rosicky yang terus cemerlang sebagai arkitek perancang, mereka bersama-sama melancarkan gerakan-gerakan yang cukup pantas. Ditambah pula dengan Song yang begitu solid melindungi back four, Arsenal kelihatan terlalu  gagah buat Milan.

 Tomas Rosicky Mark van Bommel of AC Milan goes in for the tackle on Tomas Rosicky of Arsenal during the UEFA Champions League Round of 16 second leg match between Arsenal and AC Milan at Emirates Stadium on March 6, 2012 in London, England.

Begitu juga dengan barisan pertahanan kita. Cukup kental menafikan asakan Milan yang datang sesekali cuma. Gua tak ingat berapa kali si Brahim nampak bongok sebab memanjang offside. Gua begitu impress dengan Koscielny. Walaupun fizikalnya lebih kecil berbanding si bagak Brahim, namun dengan kemasnya mampu outplayed penyerang Milan itu. Suka betul gua tengok attacking side Milan mati kutu tak dapat bola. Setiap gerakan yang dihasilkan oleh bahagian tengah mereka berjaya dinafikan oleh Arsenal dengan bergaya. Lagi gua tambah seronok bila beruk no 70 Milan tu pun terserlah bangangnya. Tak boleh buat apa beb! Hahahahahaha....

Persembahan 1st half pagi tadi membenarkan tanggapan gua bahawa ketika Milan menang 4-0 masa 1st leg, bukanlah kerana mereka hebat sangat. Tapi sebab kita yang bermain dibawah par. Kalau masih ingat, semua gol yang terhasil masa tu adalah simple goal disebabkan kecuaian defence. So bila pagi tadi kita bermain dengan standard sebenar, macam monyet sarkis masuk hutan la diorang. Hahahahahaha...ketawa lagi...  

Half time, gua mula yakin kalau Arsenal teruskan form macam ni, bukan setakat 5, 7 ke 8 bijik gol pun kita boleh sebat. Gua dah mula pasang angan-angan masa ni. Tapi sayangnya, kita tak dapat kekalkan rentak yang dibina. Kepenatan mula terlihat dalam aksi pemain masa 2nd half. Milan pula mula dapat bernafas bila asakan menggila Arsenal dah agak kendur. Itu belum ditambah dengan aksi longlai Walcott yang takde idea nak buat apa bila dapat bola. Gervinho pun macam agak kurang berkesan pagi tadi. Beberapa kali gak serangan kita tak menjadi akibat miss communication antara RVP-Rosicky-Walcott dan Gervinho. Paling rasa macam nak makan bantal adalah bila try Gervinho yang Abbiati save, muntah kat RVP. Gua nak menjerit dah masa tu. Tapi sayangggg( macam lagu cinta 3 segi plak), RVP miss judge dan chip bola tu agak slow. Si botak keeper tu pula laju reflex dia. Hadooiiii... Lebih terasa bila Oxlade dikeluarkan sebab injury. Arsenal semakin kurang tersusun hinggakan Milan mula boleh mula mengancam. 76th minute Milan try, gua dah macam nak sakit jantung dah. Nasib baik boleh tahan bangang gak player Milan tu. Ntah siapa ntah lupa gua. Nasib baik Cesny pun perform pagi tadi. 




Wisel penamat, gua redha dengan keputusan yang terhasil. Memang kecewa, tapi player dah cuba sehabis baik, nampak benar kesungguhan mereka. Fighting spirit kaw-kaw punya diorang bagi. Milan pun walaupun layak, mana diorang nak celebrate sangat after game tu. Malu la tu. Seria A champion konon. Berterabur kena sesah. So tak adil kalau nak salahkan player dan manager. Budak-budak kencing bercabang kat KPTA boleh la nak kutuk-kutuk macam terer sangat. Tapi tidak bagi gua yang sedar diri ni.

Walaupun out, persembahan pemain menunjukkan indicator yang melegakan. Hikmah dari penyingkiran ini ialah, kita boleh focus 100% untuk EPL. Pulun habis-habis untuk hambat jiran tak sedar diri tu. Try to ended up this season with the best place. Itu semua tak mustahil jika dinilai dari kualiti yang ditonjolkan.

Memang orang lain boleh cakap, kempunan 7 tahun la lu orang. Tapi sebagai fan yang matang dan nampak visi kelab, gua akan bakul sampahkan kata-kata tak berotak sebegitu. Apa sangat 7 tahun tu berbanding dengan cara dan style pengurusan kelab. MU pernah 20 tahun tak menang apa-apa. Liverpool lagi la. Sejak EPL form, pernah diorang angkat title Premiership? Tak pernah beb. Harap beli player je mahal-mahal. Buang boreh.

Chelsea? Hmmm...terus dengan penyakit keturunan Abramovich. Suka-suki pecat orang. Penghujungnya kelab jahanam sebab owner sakit meroyan. City? Berhabis duit macam nak gila, baru la sekarang nampak hidup. Itu pun belum tentu lagi. Tunggu sampai habis musim baru boleh cakap.

So, kita boleh nilai dengan akal fikiran yang waras dan buat perbandingan. Jangan harap baca Goal.com, Kosmo dan Metro pastu meroyan suruh sack manager dan player. Itu bangang namanya.
COYG!

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

2 comments: