oleh : John Labu
Arsenal melawat The Kops dengan 2 matlamat. Pertama, meneruskan rentak kemenangan manis setelah berjaya menewaskan kelab burung duk atas bola. 5 bijik pula tu. Sayang gua tak dapat tengok game tu live dan full. Kalau tak, pasti indah nukilan gua untuk post match game pertembungan maruah tersebut.
Matlamat kedua ialah, menewaskan juara baru piala mickey mouse, iaitu kelab yang paling disandarkan pada kenangan. Tentu kita masih ingat, 1st leg awal season ni, kita dimalukan dengan dua gol tanpa balas. Dalam keadaan kelab yang terkapai-kapai, hujan yang lebat turun seolah-olah memahami kedukaan disetiap hati yang berintikan meriam ini. Melihat shot Le Prof terduduk dan tertunduk dalam keadaan basah kuyup ditepi padang sangat memilukan. Ditambah pula dengan taktik penakut Liverpool yang hanya berani memasukkan si scuba diver dan si rambut ayam Meirelles hanya setelah Frimpong dibuang padang. Hasilnya? Lepas itulah baru mereka berjaya memasuki kotak penalti Arsenal. Kalau tak, duk lambung-lambung bola dari luar je la...
Ok, berbalik pada game Sabtu lepas. Arsenal menurunkan kesebelasan yang dianggap terbaik setakat ni. Line up yang sama ketika membedil Spuds. Game dimulakan dengan permainan yang penuh bersemangat dari Liverpool. Semangat baru menang cup la katakan. Tapi sesuatu yang harus gua akui, Liverpool memang bermain dengan baik malam tu. Laju. Hantaran mereka kemas. Begitu juga dengan one touch mereka. Mereka berjaya buat Arsenal terkejar-kejar bola. Arsenal pula main tak macam biasa. Malahan ball possession pun berjaya dimenangi oleh Liverpool. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku.
Satu perkara yang merisaukan gua ialah si scuba diver Suarez. Dia ni sangat berbahaya dalam kotak penalti. Bukan saja sebab dia ada individual skill dalam ball control dan finishing, tapi juga sebab lakonan mantapnya dalam menagih simpati pengadil. Bab berlakon serah la kat dia. Dan hawau ni memang tak menghampakan. Gerakan satu dua antara dia dengan Adams berhasil meloloskan dia dari kawalan defence Arsenal. Cesny keluar menghalang. Kesempatan ini diambil sepenuhnya oleh hawau ni untuk menjatuhkan badan walauapun ulang tayang berulangkali jelas menunjukkan langsung tiada sentuhan. Reff yang memang macam haram jadah anti Arsenal tanpa was-was memberikan penalti.
Masa ni gua ada sedikit rasa konfiden yang Cesny akan save. Tapi gua tak berani nak cakap takut tak menjadi. Malam itu, sewajarnya Cesny ni diangkat sebagai Man Of The Match. Gerakan menyelamat beliau sangat mengagumkan dan dua kali mengecewakan si kunyit yang ambil penalti tu. Gua menjerit sampai perit tekak woo masa tu. Hahaha...
Satu lagi taktik yang diamalkan oleh Liverpool ialah, mereka akan buat low cross dengan cukup laju ke dalam kotak penalty Arsenal. Apa yang gua expect ialah, diorang ni just try je kalau-kalau ada luck hasil dari tap in mahupun deflect dari player Arsenal sendiri. Dan telahan gua ternyata benar. Minit ke 23, Henderson melepaskan satu hantaran lintang rendah yang cukup laju (nampak macam shoot nak try je) dan Koscielny dalam keadaan yang sungguh pantas tu, tertampan bola masuk ke dalam gawang membiarkan Szcznesny ternganga melihat.
Anfield bergegar. Fan Arsenal bengkek je dalam hati termasuk la gua. Yang buat gua lagi seriau ialah bila melihat game play Arsenal yang kurang menjadi malam tu. Tak macam biasa.
Terus mengatur gerak. Rosicky yang bertindak sebagai arkitek tetap hebat dalam mengatur gerakan. Walaupun tak sehebat malam menentang Spuds, tapi masih berfungsi. Minit ke 30, hantarannya dari tengah berjaya sampai ke Sagna di tepi padang. Sagna yang jauh dari kawalan Enrique melepaskan satu hantaran lintang yang cukup cun ke gawang Liverpool. Disinilah kegembiraan kita bermula. Carragher yang gagal mengekang RVP menyebabkan bola hantaran Sagna ditanduk kencang oleh talisman kita dan gagal dihalang Reina. Gol ke 24 RVP dalam EPL dan 30 dalam semua kejohanan.
Separuh masa kedua, Liverpool masih menguasai permainan. Ketika rata-rata fan dari kedua-dua team berasakan keputusan akan berakhir dengan seri, sekali lagi Captain Vantastic menjadi penyelamat dan mengukuhkan sebab mengapa Wenger bertekad untuk menghalangnya dari keluar kelab. Song yang semakin master dalam passing menghantar bola kearah RVP. Satu lambungan yang cukup lembut dan cantik. RVP, dalam situasi melihat bola yang dihantar, sambil berlari terus melepaskan satu rembatan kearah gawang dan sekali lagi Reina hanya mampu terkapai melihat.
Sekali lagi gua menjerit. Bukan hanya kerana gol, tapi sebab kagumnya gua melihat gol yang dihasilkan oleh Van The Man. Dahsyat! Lebih kurang macam gol beliau ketika menang 1-0 ke atas Everton. Memang power! Sebab tu lah ada antara penganalisis bolasepak claim, kalaulah bukan sebab dibelenggu kecederaan yang berpanjangan, RVP sudah berdiri sebaris dengan Messi dan Cristiano Ronaldo.
Kemenangan mutlak minit Arsenal. Gua memang puas. Walaupun permainan lebih dikuasai Liverpool, tak apalah..akhirnya, 3 mata tu yang penting. Terkini, jurang kita dengan kelab burung duk atas bola mengecil hanya tinggal 4 mata saja selepas mereka tewas kepada MU di laman sendiri. Kalah lagi? Hekhekhek....padan muka..mulut besar sangat tak kira fan mahupun player..
Arsenal perlu teruskan konsistensi yang ada ni untuk terus kedepan. Apa yang gua nampak ialah kalau boleh target untuk the best place dalam EPL. Lebih penting lagi ialah untuk menamatkan kempen di atas Spuds. Biar diorang tu sedar diri sikit. Dan biar untung sikit rumah-rumah kebajikan kat sana sebab diorang kalah bet dengan Wilshere. Itupun kalau fan diorang tu ada telur la nak tunaikan janji. Hahahahaha....
Konsisten juga perlu sebab kita akan jumpa AC Di Sini Milan lepas ni untuk 2nd leg UCL. Nampak macam mustahil untuk menebus defisit 4 gol. Tapi dalam bolasepak, impossible is nothing, nothing impossible. Kita pernah buktikan dahulu ketika berdepan Inter dalam UCL. Kalah 3-0 ditempat sendiri, kita menunjukkan kejantanan yang tiada tandingan bila membenam Inter 5-1 kat rumah diorang sendiri. Sejarah mungkin berulang? Insyaallah jika ada usaha dikalangan pemain, pengurus dan team keseluruhannya. Kita sebagai peminat dari jauh, hanya mampu berdoa. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak, kita tetap hidup seperti biasa.
Bila direnung kembali perjalanan season ini, tiada siapa percaya. Kelab yang berdepan permulaan musim paling buruk dalam sejarah, terperosok ditangga ke 17 liga kini berada di tangga ke tiga...tanpa perlu mengorbankan falsafah yang menjadi pegangan selama ini...
COYG!
No comments:
Post a Comment