Tahun ini tahun ke 125! Satu tempoh yang agak panjang dan penuh dengan sejarah serta nostalgia mendalam. Segala pahit manis selama lebih seabad ini dimemorikan dalam satu upacara sambutan pada hari match day ketika bertemu Everton di Emirates Stadium. Perlawanan dimana RVP10 memecahkan rekod penjaring terbanyak Arsenal dalam kalendar tahunan milik Thierry Henry. Satu gol sub volley yang setiap kali gua tengok balik, meremang segala bulu roma!
Dan sebagai simboliknya pada match tersebut, pengadil, Howard Webb telah menggunakan duit syiling sixpence sebagai lambungan sebelum sepak mula. Ini sebagai memperingati sejarah penubuhan Arsenal FC, di mana 15 pekerja/buruh kilang Woolwich Arsenal Armemant Factory( salah satu dari 3 The Royal Arsenal yang utama pada ketika itu) pada 1886 di Woolwich sanggup melabur sixpence setiap seorang demi menubuhkan satu pasukan bola sepak yang pada ketika itu dikenali sebagai Dial Square sempena tempat kilang itu didirikan. Dan selepas itu dari Dial Square FC, nama ditukarkan The Royal Arsenal sehinggalah pada 1891, ia dijenamakan semula dengan nama tempatan, Woolwich Arsenal.
Sixpence atau six pennies kini bersamaan 2 setengah pennies |
Kilang Senjata - Woolwich Arsenal |
Selain dari persembahan orchestra dan pancaragam dari pasukan tentera diraja di luar perkarangan Emirates, kehadiran para lagenda serta diberi guard of honor, lambungan syiling sixpense, Arsenal jugak pada matchday itu memberi penghargaan kepada Nottingham Forest. Jadi apa kaitan Nottingham Forest dengan Arsenal sebenarnya? Ya segalanya bermula di sini....
Siapa dia antara 15 orang tadi? David Danskin (pada match vs Everton tersebut, cicitnya diberi penghargaan bawak match ball ke padang), dari Kirkcaldy memang pekerja asal Kilang Arsenal di Woolwich. Berbangsa Scotland tapi cuba membawa pengaruh sukan sepak bola di tempat yang lebih terdedah kepada ragbi dan kriket pada masa itu. Dia dibantu 3 orang lagi kawan Elijah Watkins, John Humble dan Richard Pearce untuk melaksanakan impiannya.
Penghijrahan ke Woolwich oleh 2 pemain Nottingham Forest, Fred Beardsley dan Morris Bates, menambahkan lagi semangat Danskin untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak tempatan sendiri. Frederick William Beardsley adalah anak jati kelahiran Nottingham dan berkerja di sebuah kilang di sana dalam masa yang sama merupakan penjaga gol untuk Nottingham. Oleh kerana minat yang mendalam teramat sangat terhadap bola sepak, si Beardsley ni selalu laa mengular amek MC ponteng la segala bagai semata-mata hanya kerana nak main bola sehingga dia hilang punca pendapatan akibat dibuang kerja. Tragedi itu membuatkan dia memilih untuk berpindah mencari kerja di Woolwich, bekerja di sebuah gudang senjata. Di sinilah dia bertemu Danskin dan Humble serta mengutip derma kilat dari 12 yang lain membentuk sebuah team bola dengan nama Dial Square FC.
Beardsley sendiri menjadi penjaga gol dalam perlawanan pertama bagi kelab ini bertemu Eastern Wanderers dengan kemenangan 6-0. Result yang gemilang untuk membuka lembaran sejarah bukan? Dalam masa yang sama, oleh kerana pada masa itu status masih lagi pemain amatur, Beardsley sempat jugak kadang kala beraksi bersama pasukan kampungnya Nottingham Forest. Ulang alik punya ulang alik inilah pada ketikanya dan kesempatan Beardsley untuk 'meminjam' jersi merah gelap/maroon Nottingham Forest pada ketika itu untuk dipakai pula oleh Arsenal untuk perlawanan bola. Orang dulu bukannya senang, Sekarang jek dah boleh beli jersey gred AAA kat Rantau panjang atau Padang Besar buat jadi jersi team futsal. Hahahaa... itu pasal lah kaler kita dulu merah gelap, kalau ingat sewaktu musim terakhir di Highbury 2006 dahulu, warna ini telah dinaikkan semula sebagai warna jersi bagi menghormati sejarah. Kira Encik Berdsley ni boleh dikatakan ahli komiti Arsenal yang sangat aktif pada waktu itu dan jugak boleh dikatakan merangkap pengurus Arsenal pada akhir 1890 an.
Pada waktu inilah Dial Square ditukar ke Woolwich Arsenal yang selepas itu disambung legasi pengurusannya oleh pengurus-pengurus lain seperti Jack Humble, Sam Hollis, Bill Par, Tomas Brown Mitchell, George Elcoat dan Harry Bradshaw. Selain Beardsley, ada jugak beberapa pemain /buruh kilang yg berhijrah membawa pengaruh Nottingham Forest yang menular sehinggga tertubuhnya Arsenal. Beardsley kalau tak silap yang pakai topi dalam gambar di bawah, masa ni dia dah tak main dah.
Skuad 1988 - Geng Abang Misai Kacak Bergaya |
Seterusnya Arsenal di bawah nama-nama pengurus di atas meneruskan pembinaan legasi sehingga akhirnya berjaya menyertai divisen kedua pada 1913. Dan setahun selepas itu bermulalah era baru Arsenal apabila kita berpindah ke Highbury dari Manor Ground di bawah Henry Norris. Norris bersama-sama William Hall sibuk bersusah payah mencari tempat baru untuk Arsenal , kerana dengan penghijrahan sahaja kata Norris, Arsenal mampu diangkat ke next level (ingat ayat ni). Mulanya Arsenal diberikan option untuk bertapak di Battersea dan Harringay tapi tak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. Norris mahukan satu tempat di mana mampu menarik jumlah penonton dan boleh membina satu fan base yang besar. Mereka cuba untuk mengelak supaya terlalu dekat dengan satu lagi pasukan tempatan , Tottenham Hotspurs, tapi prospek yang begitu menarik dan strategik adalah terlalu sukar untuk ditolak lebih-lebih lagi ia berdekatan dengan salah satu underground station maka bersetujulah untuk stadium baru dibina di situ. Suatu situasi yang menimbulkan perasaan dengki, marah dan kurang senang di kalangan penduduk tempatan terutama mereka yang menyokong Spuds yang pada ketika itu bergandingan dengan satu lagi kelab tempatan Clapton Orient memfailkan bantahan di mahkamah. Tapi apakan daya, peguam pendakwaraya mereka mulut lebih kurang sama dengan fans mereka, cakap saja lebih isi atau fakta tadak, maka Arsenal dengan mudah menang kes tersebut dan dibenarkan terus kekal di Highbury. Perlawanan rasmi pertama Arsenal di Highbury berjaya dibuka dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester Fosse. Sekali lagi satu cara terbaik untuk memulakan akaun di tempat baru.
Skuad "The Arsenal" 1913 - perasan something pelik tak kat gambar ni? |
Norris pada setahun selepas itu sudah mula mendapat hasil, 125,000 pound telah berjaya diperolehi untuk dilaburkan hasil dari tarikan penyokong ke stadium. Walaubagaimanapun, Arsenal perlu membayar hutang sebanyak 20k setahun dalam tempoh 21 tahun. JADI NAMPAK TAK CYCLE YANG BERLAKU DI SINI? PENGHIJRAHAN DARI MANOR GROUND KE HIGHBURY TAK JAUH BEZA SITUASI DENGAN HIJRAH DARI HIGHBURY KE EMIRATES! MOGA KITA MAMPU MENCARI YANG TERSIRAT DARI YANG TERSURAT.
Ini memungkinkan kelewatan Arsenal untuk 'lambat panas' di atas padang walaupun wang bukan faktor segalanya. Kegemilangan Arsenal bermula agak lewat selepas itu hanya pada era 30-an di bawah pengurus, Herbert Chapman. Namun Chapman telah mencetuskan pelbagai revolusi hingga membawa kepada apa yang Arsenal ada pada hari ini. Kalau tidak masakan , dirinya diangkat sebagai lagenda tersohor ketika tugu dirinya, Adams serta Henry megah berdiri di perkarangan Emirates.
Sejarah penting untuk pembangunan, petunjuk dan survival bangsa. Jika tidak masakan Thailand sanggup mengupah para sejarahwan mereka untuk menulis kembali dan mencedok sejarah bangsa lain serta merekacipta satu sejarah baru untuk dikagumi oleh dunia. Dalam kes Arsenal, sejarah yang diceritakan di atas jelas menunjukkan bahawa situasi getir yang kita hadapi hari ini pernah kita lalui pada masa silam, iaitu tidak menang apa-apa. Sebabnya? Penghijrahan yang dikorbankan oleh keluarga besar ini. Penghijrahan demi kejayaan berterusan pada masa depan. Bukankah ini juga yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW?
Oleh itu, gua tidak mahu digelar bodoh dan buta dari sejarah lampau. Oleh kerana itu, biarlah tahun ini tahun ke tujuh kita tidak memenangi apa-apa. Gua redha sebab gua yakin dari apa yang diajar oleh sejarah, piala akan melayang dengan penuh kesyahduan ke dalam dakapan kita. Gua yakin, gua percaya dan gua tak akan berputus asa. SEBAB GUA DIDIDIK, KITA BOLEH SEDIH DAN KECEWA, TETAPI KITA TIDAK BOLEH BERPUTUS ASA. KERANA ORANG MUKMIN ITU, TIADA ERTI PUTUS ASA DALAM DIRINYA!
COYG!
sumber : arsenal.com, arsenalaysia, kamus dewan
No comments:
Post a Comment