Monday, 20 February 2012

Bangang Si Abu

oleh : John Labu

Dua kekalahan berturut-turut. Satu kekalahan terbesar di pentas Eropah manakala satu lagi kekalahan di tangan kelab bawahan menyebabkan Wenger dihentak, dihentam, dibelasah dan dihina secukup-cukupnya. Tiada lagi kata-kata indah beralaskan sanjungan seperti mana ketika beliau membawa Arsenal menjadi satu jenama bolasepak yang cukup bergaya, cukup berjaya dan cukup seni suatu ketika dahulu. 7 tahun tanpa piala dianggap satu malapetaka yang cukup memalukan bagi ‘peminat setia la sangat puuiiiii’ Arsenal. Wenger dimandikan kata-kata nista dan hina. Apa yang tidak dilabelkan terhadap orang tua ini?? Nanyuk? Tak relevan? Kedekut? Gila? Sewel? Malahan hingga ada yang tergamak melabelkan beliau sebagai individu yang akan menjatuh dan menjahanamkan Arsenal...ingat perkataan ini.. ‘ menjahanamkan’...

Gua tidak berniat ingin mengulas tentang apa yang telah dilakukan selama beliau mengemudi Arsenal. Gua juga tidak berhajat untuk menceritakan detik suram 7 tahun tanpa trofi kelab ini. Sebab gua yakin kawan-kawan yang ada di Melaka Gooners sudah pun menjelaskannya samada di blog ini mahupun di facebook.

Kali ini gua ingin menyentuh tetang sikap bodoh dan kurang ajar yang tertanam dalam segelintir ahli Arsenal (serius gua malu bila ada fan arsenal yang mentaliti macam ni). Terutamanya yang menggunakan facebook KPTA Tetap Dihati puiiii yang dengan sukarelanya mempamerkan kualiti bangang mereka melalui makian, cemuhan dan kutukan tak berasas. Ada juga yang konon nak tunjuk pandai, tapi penghujungnya ayat-ayat yang ditaip tetap menghasilkan keputusan yang sama. Iaitu memang semulajadi bangang. Sampai kadang-kala gua gelak baca, memikirkan apa punya jenis makhluk la macam diorang tu. Perkataan bangang tu pun gua rasa lebih pandai berbanding apa yang mereka tonjolkan. Mana tak gua cakap bangang, orang dah bagi fakta, sebab dan pelbagai contoh berkenaan apa yang dialami oleh seluruh warga Arsenal kini. Tapi puak-puak ni tetap taknak terima. Apa punya benak tak tau la.

Tapi gua tak nak la mencemarkan kesucian dan keindahan penulisan gua dengan mengungkap kembali ayat-ayat bangang diorang tu. Geli siot! Gua nak ajak lu orang semua baca kisah ni dan fikirkan pengajaran yang gua nak sampaikan.

Abu bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah organisasi. Beliau merupakan pelerja biasa-biasa saja. Nak kata perform sangat, tak juga. Nak kata pemalas sangat, pun tak juga.

Di pejabat, beliau hanya menjalankan kerja-kerja yang ditugaskan kepada beliau. Itulah rutin beliau setiap hari. Yelah, nama pun pembantu am rendah. Takkan nak suruh masuk meeting BOD pulak ye tak. So sesuailah dengan taraf si Abu ni.

Tapi beliau ada satu tabiat yang sangat dibenci oleh rakan sekerjaya. Dari setiausaha bos sampailah makcik cleaner, semua meluat dengan pe’el si Abu ni. Pe’el macam mana tu?

Beliau terlalu ghairah mengkritik majikan dan syarikat tempat beliau bekerja. Ada saja yang tak kena pada si Abu ni. Bos tak pandai manage syarikatlah. Syarikat rugilah. Kenapa tak buat investment yang boleh beri keuntunganlah. Pekerja yang bos ambil bekerja tak baguslah. Macam-macam segala datuk nenek si Abu ni kompelin. Kritik, kutuk dan memperlekeh adalah makanan beliau bila datang kerja. Tak kiralah kat kantin ke, kat surau ke, kat meja kawan ke. Semua jadi port beliau.

Tapi yang peliknya bila bos bagi kenaikan gaji ke, bonus ke, takde pula dia puji kecekapan dan kebaikan bos tu. Tapi bila si Abu ni dengar je ada berita yang kurang best, siap....berhari-harilah jawabnya rakan sepejabat beliau berpeluang mendengar komen dan kutukan yang cukup membina dari Abu, bekas pemenang anugerah CEO Terbaik Dunia, anjuran Kesatuan Usahawan Dunia.

Selalu juga kawan-kawan si Abu ni tanya, kalau semua tak kena dimata rabun dia itu, bagi la cadangan apa yang terbaik untuk syarikat. Bagaikan orang miskin disorongkan kad kredit, si Abu pun mulalah menceritakan apa yang akan dia buat kalau dia yang diberi peluang untuk mentadbir syarikat tu. Berbuih-buih mulut Abu bercerita. Tapi yang peliknya, sorang-sorang kawan-kawan dia angkat kaki belah dari situ. Yang stay pun, naik pitam mendengar idea beliau. Berpinar-pinar mata. "Apa jibaok ni merepek? Ni bukan nak majukan syarikat, ni lagi nak melingkupkan", bisik hati mereka.

Klimaks kepada perangai bangang si Abu ni adalah pada suatu hari, dia menulis surat kepada bos beliau. Nak atau apa isi kandungan surat tu? ABU MEMINTA AGAR BOS BELIAU MELETAKKAN JAWATAN KERANA ABU MERASAKAN BOS TU TAK LAYAK UNTUK JADI BOS SEBAB DAH TUA, NYANYUK DAN STRATEGI YANG BOS DIA AMALKAN DAH TAK RELEVAN DAN TIDAK BERDAYA SAING DI PASARAN PERNIAGAAN.

Si bos yang membaca surat tu terkedu. Lantas beliau pergi ke meja Abu bekerja seraya berkata, “kau tak suka aku dengan kompeni aku, tapi aku lak yang kau suruh berhenti..patutnya kau la yang berambus..kau ingat kompeni ni kepala bapak kau punya ke? Bangang!!”, tengking si bos sambil menunjal-nunjal dahi jendul Abu.

Lu orang faham tak moral of the story?


Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

4 comments:

  1. Serius aku suka kat kartun tu.. kekeke.. xD Sokong kata bos dia tu. HAHAHA

    ReplyDelete
  2. bende ni aku pernah alami dulu masa praktikal kat kilang sawit kat pekan nanas tahun lepas...
    Perangai abu ni terlalu banyak sangat kat kompeni tu, tau komplen aje, nak selesai masalah perlu tunggu arahan...
    bile bagi arahan kate macam2 plak...
    bile tak bagi kate malas nak buat kerje...

    bomoh
    via buntut ayam

    ReplyDelete
  3. matalebamtengokmatchArsenal said:
    kalau yang baca ni tak paham2 lagi, taktau aku nak cakap ape.

    ReplyDelete
  4. memang ramai spesis Abu ni..nak2 kat KPTA tetap dihati puiiiiiiii tu..

    via HP adik bomoh

    ReplyDelete