Thursday 9 February 2012

Selamat Datang

Salam Sejahtera.

MelakaGooners nak ucapkan Selamat Datang kepada semua peminat-peminat Arsenal terutamanya yang ada kat area Melaka. Kepada Gooners yang luar Melaka pun boleh join. Tiada halangan. Tiada paksaan. Hehe.

Setelah melihat fan base Arsenal kat area Melaka bertambah setiap minggu, maka MelakaGooners mengambil inisiatif untuk mengembangkan lagi sayap di alam maya. Sejarah MelakaGooners bermula ketika admin Kelab Penyokong Tegar Arsenal (KPTA) di facebook mengadakan perjumpaan pertama dengan futsal gathering di Kompleks Sukan Batu Berendam. Bermula dari situ, semakin aktif dengan menganjurkan futsal setiap minggu, setelah KPTA dibubarkan di facebook, maka tertubuhlah MelakaGooners.

MelakaGooners bertujuan mengumpulkan seberapa ramai penyokong Arsenal di area Melaka. Untuk rujukan di facebook, boleh la cari Gooners Melaka. Bagi yang mempunyai twitter, boleh jugak follow @MelakaGooners. Untuk email, boleh email ke melaka.gooners@gmail.com.

Blog ini akan mengupdate ulasan peminat selepas perlawanan Arsenal, gosip terbaru berkaitan Arsenal, apa-apa yang berkaitan Arsenal di Malaysia (kalau mampu), kami akan sediakan link ke AMS, AMG, KPTA etc. Selain itu, tujuan utama ialah untuk info berkaitan aktiviti-aktiviti Gooners kat Melaka cam futsal, bowling, karaoke, makan-makan apa-apa lagi la yang patut.

Sekiranya ada cadangan, jangan malu-malu untuk diutarakan.

Blog ini hanya permulaan. Akan diupdate dari semasa ke semasa. Maaf kalau serba kekurangan. Kena mula dulu. Design boleh buat kemudian. Sebenarnya, admin yang tak sabar nak post. (^_^) v

-COYG-

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

No comments:

Post a Comment