Thursday, 16 February 2012

Post Match : UCL 2012 : AC Milan vs Arsenal

Oleh : John Labu




Bukan sedikit harapan yang disandarkan oleh peminat Arsenal pagi tadi. Tak kiralah samada yang menonton di rumah, di kedai mamak dengan mata yang kelat mahupun mereka yang terkebil-kebil di komputer masing-masing melalui live streaming. CL dan FA merupakan antara piala yang masih realistik untuk dikejar, memandangkan harapan untuk menjulang EPL semakin hari semakin jauh.

Gua pun seperti peminat yang lain. Ada beberapa sebab kenapa gua sanggup tidur awal dan bangun jam 3 pagi. Yang pertama, gua nak tengok Arsenal main cantik macam biasa dan menang. Kedua, gua nak berhibur menonton perlawanan bolasepak yang menarik dan mendebarkan antara dua pasukan hebat di Eropah. Ketiga, gua nak menyaksikan farewell kedua untuk The King. So berbekalkan keazaman yang jitu dan bertemankan bantal peluk yang setia, gua bersantai di depan tv.

Arsenal menurunkan kesebelasan berikut :

SZCZESNY
SAGNA – KOSCIELNY – VERMALAEN – GIBBS
SONG – ROSICKY
WALCOTT – RAMSEY - ARTETA
RVP

Manakala untuk substitute, nama Henry, Arshavin, Chamberlain, Fabianski, Benayoun, Coquelin dan Djourou disenaraikan.

10 minit pertama, kedua-dua pasukan nampak main dengan berhati-hati.  Arsenal memulakan ancaman serangan dengan Rosicky merembat dari jauh. Mata gua terbuka sedikit masa ni dengan harapan ia adalah rembatan Rosicky seperti dolu-dolu. Tapi sayang, ianya tidak tepat ke sasaran.  Tidak lama selepas itu, Arteta kehilangan bola dikawasan tengah padang dan dirampas oleh Milan namun dapat disekat oleh pertahanan Arsenal.

Minit ke 12, Milan melepaskan percubaan pertama di dalam kota penalti  Arsenal tapi off target. Start masa ini, Milan kelihatan lebih menguasai permainan dan mereka kelihatan lebih teratur dalam menyusun gerak. Pertahanan Arsenal dah mula kelihatan agak longgar disini. Gua dah mula risau dan kerisauan gua akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang tidak ingin kita lihat apabila Kevin Prince Boateng yang tidak dikawal oleh Vermaelen melepaskan rembatan secara volley ke gawang Arsenal. Cesny melompat untuk menghalang namun gagal. Mungkin dia pun tak sangka Boateng akan try sebegitu. Memang style. Bola kena bahagian bawah palang, melantun ke dalam gol dan keluar balik. Langsung tak cecah jaring.

   

San Siro bergempita. Tersentak dengan gol ini, Arsenal kembali mengatur gerak. Minit ke 17, RVP dilorongkan bola yang cantik namun sayang dapat disekat oleh pertahanan Milan yang cukup komited menutup ruang.  Persoalan kenapa Arsenal main teruk semakin berpusing-pusing di segenap penjuru kepala otak gua. Arsenal kelihatan seperti takut-takut dan terlalu perlahan. Sewajarnya Milan yang takut dan berhati-hati kerana nak mengelakkan dari bolos away goal. Adakah kerana keadaan padang yang menjadi kerisauan Le Proff sebelum itu? Atau faktor kepenatan? Gua tak tau. Yang gua tau, malam tu memang bukan ‘permainan Arsenal’ yang kita dambakan.

Minit ke 24, Arsenal mendapat free kick depan sikit je dari kotak penalti Milan. Sepakan yang diambil oleh RVP berjaya menemui kepala Kos tapi tandukannya terlalu lemah.

Minit ke 30, sekali lagi Arsenal nyaris dihukum oleh kecuaian defender apabila Kos yang kehilangan bola dan berjaya dirampas oleh Milan. Namun kita bernasib baik kerana bola tersebut dihantar kepada Ibrahimovich dan dia dalam keadaan offside. Kalau tak konfem kena dah sebijik lagi. Minit ke 35, lagi kecuaian pertahanan. Vermaelen hilang bola kerana mendakwa di kasari oleh beruk Milan berjersi no 70 (gua memang tak berkenan mamat ni dari dulu lagi sebab pe'el dia yang macam haram jadah kat setiap kelab yang dia join). Beruk 70 ini melarikan bola ke dalam kawasan penalti tapi nasib baik dapat disekat oleh Kos.

Tidak serik dengan apa yang berlaku, sekali lagi pertahanan Arsenal alpa apabila perangkap offside yang dibuat tidak menjadi. Ibra dapat lepas, bawa bola masuk penalty box dan buat low cross untuk beruk 70 tu buat sentuhan terakhir dan.......hmmppphhhh.....gol kedua Milan.



Game terus hancur. Wenger dah membebel tepi padang. Entah apa yang dia bebel tak tau la. Minit ke 44, plaza tol Djourou dimasukkan ganti Kos yang difahamkan mengalami kecederaan. Menggelabah beruk gua tengk si mata stim ni masuk. Adoooiiii.... injury time 1st half, Boateng buat last try nasib baik ke laut. Tamat separuh masa pertama, aku rasa macam nak masuk tido je. Hahahaha...macam tak percaya game yang aku tengok tu adalah Arsenal.

2nd half, Henry dah siap sedia dimasukkan ganti Walcott yang langsung tak beri impak. Sebelum kick off, nampak The King seperti memesan sesuatu dan memberi kata perangsang kepada rakan sepasukan.  Namun, mimpi ngeri Arsenal berterusan. Sekali lagi disebabkan barisan pertahanan. Vermaelen tergelincir ketika cuba mengawal serangan Milan, beruk 70 yang tak dijaga sebab si Verminator tergolek dog terus mendapat bola baik punya dan shoot....gol ke 3 Milan pada minit ke 49. Kesian Vermaelen. Dia nampak serba tak menjadi pagi tadi. Milan nampak rilek je dan tak kelihatan struggle pun untuk 3 gol tu.

Arsenal terus hilang punca. Minit ke 65, kuisan cantik dari Henry sampai ke kaki RVP. RVP shoot tapi Abbiati dapat save. Itulah save pertama Abbiati. So korang boleh bayangkan sendiri macam mana Arsenal main pagi tadi. Minit ke 65, 1st save by Abbiati. Peh!

Gibbs dikeluarkan bagi memberi peluang untuk Chamberlain dimasukkan. Mungkin ramai antara kita teruja dengan kemasukan ini. Mungkin ramai gak yang rasa dia lebih power dari Wenger maki-maki cakap kenapa baru sekarang nak masukkan (kalau tak percaya cuba tengok FB KPTATD..ramai gila yang power taktikal dan strategi dan berbakat sebagai manager dan jurulatih).  Dengan kemasukan Chambo, Song turun bermain CB dan Vermaelen ditolak ke LB.

Minit ke 77, aku tepuk kepala bila Djorou jatuhkan abang Brahim dalam kotak penalti. Pengadil tanpa sebarang keraguan terus bagi penalty kick. abang Brahim score dan menjerit-jerit macam la dia score tu dengan cara gelecek 11 orang player Arsenal secara solo sebelum membuat bicycle kick....


Milan melakukan pertukaran dengan mengeluarkan beruk 70 dan memasukkan Pato. Aku rasa macam nak buat sembahyang hajat masa ni minta janganlah bolos lagi. Minit ke 84, Chambo buat satu cross dan RVP berjaya tanduk bola tu namun sayang seribu kali sayang...sekali lagi Abbiati menjadi penghalang antara hubungan RVP dan rekod jaringan.

Sehinggalah wisel penamat ditiup, itulah yang berlaku. Gua bukanlah pakar macam jibaok-jibaok yang duk kutuk maki sumpah seranah Wenger and the team dalam KPATD (kalau tak percaya cuba tengok FB KPTATD..ramai gila yang power taktikal dan strategi dan berbakat sebagai manager dan jurulatih). Tapi apa yang gua nampak, memang teruk mutu permainan Arsenal. Nampak tak bernafsu. Milan dengan mudah dapat patahkan serangan Arsenal, rampas bola dan counter attack. Sungguh tenang. Masa ni gua mula rasa nak terpengaruh dengan statement kerek si Boateng yang kononnya dia dan Milan tak takut dengan Arsenal sebab Arsenal tak konsisten. Kejap main cantik kejap hancur. Arsenal takde pengalaman di dalam skuad katanya. Gua terpikir ada juga betulnya disitu. Pengalaman yang dimiliki oleh kuda-kuda tua Milan merupakan satu keseimbangan dalam team tu. Itu pun nasib baik Seedorf injured dan keluar awal.

Pertahanan Milan juga cukup berdisiplin dalam menutup ruang-ruang ksong yang ada dari dimanipulasi oleh Arsenal. RVP memang kena ikat dengan Thiago Silva. Ditambah pula dengan bahagian midfield Arsenal yang nampak mati kutu. Kering takde idea. Gua harapkan bila ada Rosicky dan Arteta, sesuatu yang menarik akan terhasil. Tapi, entahlah...begitu juga dengan player kritikan yang menjadi hero masa lawan Sunderland hari tu, Ramsey. Macam biasa terus hilang punca dan merapu. Sayangnya Wenger tak cuba untuk gantikan dia dengan Arshavin. At least, pengalaman dan kematangan Arshavin mungkin boleh membantu. Apatah lagi posisi Ramsey semalam memang forte Arshavin bila beraksi bersama Russia. 

Kita memang hampa. Kalah kalau main cantik dan beri tentangan yang sengit, mungkin tak terasa sangat. Tapi macam biasa, kita hanya menang statistik penguasaan bola. Keputusan? Kita dimalukan. Milan juga dilihat berjaya membalas dendam bila Arsenal kick mereka dari saingan UCL beberapa tahun lepas. Mampukah kita melakukan keajaiban dalam perlawanan timbal balik di Emirates nanti? Entahlah..kita perlu menang sekurang-kurang 5-0 dan jangan bolos. Mampukah kita dengan performance yo yo begini? Secara peribadi, gua tak rasa Arsenal mampu. Mungkin boleh tapi teramatlah sukarnyee pun... Nak kata gua tak tegar? Tak optimis? Lantak koranglah nak tegar ke apa. Gua lebih suka bersikap realistik. Sekurang-kurangnya gua yang tak tegar ni takdelah maki sumpah seranah player dan manager berbakul-bakul (kalau tak percaya cuba tengok FB KPTATD..ramai gila yang power taktikal dan strategi dan berbakat sebagai manager dan jurulatih).

Walaupun kecewa walaupun hampa, gua tetap akan menyokong seperti biasa. Kerana cinta dan kasih sayang gua pada kelab berlogo meriam ini tidak merelakan jari jemari gua menaip kata-kata makian dan carutan. Hati dan akal gua tak mengizinkan gua berbuat demikian. Sebab akal gua akan nasihatkan gua,  “Lu sapa nak kutuk maki sumpah seranah player dan manager tu? Lu bagi gaji kat diorang ke? Lu ada share ke pada kelab tu? Kalau kelab tu tak menang piala sampai kiamat pun, lu ada rugi ke? Gaji lu kena potong? Lu kantoi exam? Awek lu lari? Mak bapak lu tak ngaku lu anak? Tak kan?? So, sedar diri sikit beb. Kelab ni tak paksa lu sokong diorang. Dan lu tak bayar apa-apa pun pada diorang. Kalau lu taknak rasa semua kekalahan dan kekecewaan ni, lu hentikan sokongan lu..atau lu pergi sokong kelab lain”...

Itu kata hati dan nasihat akal gua yang waras. Lu orang pulak macaam mana?

COYG!

p/s : gua beriya tunggu sampai habis siaran sebab nak tengok King Henry lambai tangan kat fan ke, farewell hug dengan player Arsenal ke..tapi hampeh..satu shot pun takde.. L


thank you so much Thierry Henry..u are truely legend..not just in club history, but also deelpy in our heart..
Love u King! 

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

No comments:

Post a Comment