oleh : Gua Peminat Arsenal
Gelaran Legend yang diberikan bukanlah kerana rekod piala dan jaringan yang dicetaknya dalam kanvas sejarah Arsenal FC, tetapi juga kerana perasaan cinta yang amat mendalam di hatinya...
Dialah Thierry Daniel Henry. Penjaring terbanyak Arsenal dengan 229 gol (sehingga artikel ini ditulis). Gua juga seperti peminat kelab meriam yang lain, sememangnya tidak asing dengan susuk ini. Legend, killer striker sehinggalah The King adalah gelaran yang diberikan peminat terhadap pemain hebat ini. Seperti yang ditulis dalam perenggan diatas, gelaran ini bukan saja kerana kehebatannya ketika mewakili Arsenal, tetapi juga kerana ‘jiwanya’ pada kelab ini yang jarang dimiliki oleh pemain lagenda lain. KERANA ‘JIWA’ INILAH, DIA SANGGUP MELETAKKAN STATUS LAGENDA YANG DIMILIKINYA DI ATAS NERACA RISIKO? Kenapa gua cakap macam ni? Teruskan membaca....
Selepas menempa reputasi yang dahsyat di Arsenal, Henry mengambil keputusan untuk mencuba bisanya di Barcelona. Bukan sedikit peminat yang kecewa dan marah dengan penghijrahan ini. Namun, semua perasaan negatif ini bersarang dalam hari peminat hanya seketika. Kerana apa? Kerana walaupun jasadnya menyarung jersi Barcelona, hati, jiwa dan raganya tetap menunjukkan dia adalah hak milik kekal Arsenal.
Bukan saja kerana dia kerap mengeluarkan kenyataan yang menyatakan rindunya pada kelab meriam ini, tetapi kita boleh melihat gaya permainannya tidak seghairah ketika dia bersama Arsenal. Ada yang mengatakan faktor usia, Henry sudah melepasi zaman kemuncaknya. Ada benarnya, tetapi bukanlah satu alasan yang sangat kuat untuk diterima. Ini kerana ketika dia menyertai Barcelona, dia masih hebat dan berbisa dalam musim terakhirnya bersama Arsenal.
Henry juga sering balik ke Emirates untuk menonton perlawanan Arsenal. Dan pasti kita semua masih ingat sewaktu pertembungan Arsenal – Barca di Emirates (UCL 2010), Henry dimasukkan sebagai sub. Jelas, betapa tidak selesanya dia bermain ‘di rumah sendiri dan menentang keluarganya’...
Meneruskan karier di Major League Soccer (MLS), Henry tetap membawa imej yang sama. Walaupun menyerlah bersama New York Red Bulls, dia tetap dilihat sebagai ikon Arsenal. Begitu kuat sekali jodoh antara 2 entiti ini.
Jika hendak diikutkan, Henry boleh terus untuk memilih jalan selamat. Iaitu dengan kekal menjadi bekas pemain Arsenal berstatus lagenda. Ada statue, diberi penghargaan pada masa-masa tertentu dan terus disanjungi dek kerana sumbangannya pada kelab. Namun kerana jiwa dan cintanya pada kelab inilah yang gua maksudkan., dia mengambil risiko dengan memperjudikan gelaran lagenda itu.
Keputusan yang Henry ambil untuk menerima tawaran sebagai pemain pinjaman Arsenal bukan sekadar untuk memastikan dia kekal cergas sebelum MLS memulakan musim baru, tetapi juga kerana dia sedar, Arsenal memerlukannya. Ini kerana, di dalam bilik persalinan, selain RVP, tiada pemain lain yang pernah merasa pengalaman menjulang piala bersama Arsenal. Meriam-meriam muda yang ada sangat memerlukan sesuatu yang dipanggil pembakar semangat dan pencetus inspirasi untuk menghadapi musim 2011/2012 yang sungguh-sungguh mencabar buat Arsenal. Seseorang yang seperti disifatkan Lionel Messi – “ketika Henry memasuki bilik persalinan sewaktu baru sampai di Nou Camp, aku tidak berani memandang tepat ke matanya...kerana aku sedar apa yang telah dicapainya di England”... – pemain seperti inilah yang diperlukan dalam skuad muda Arsenal. Dan tiada yang lebih layak selain Thierry Henry.
Oleh itu, tawaran yang dibuat oleh Wenger adalah tepat pada masanya. Henry diperlukan untuk membawa winning mentality dalam bilik persalinan. Dia adalah motivator buat pemain muda.
Namun, gua rasa Henry turut sedar risiko yang bakal ditempuhnya. Bila beliau kembali, pasti ada jibaok peminat yang ingin melihat dia kembali seperti dulu. Pantas dan hebat menjaringkan gol. Semua itu adalah mustahil pada usia beliau kini. Dan jika ditakdirkan kehadiran beliau tidak membantu Arsenal, sudah pasti beliau dicemuh, dikritik serta gelaran lagenda dan King yang beliau miliki akan tergugat.
Tetapi jiwa dan cintanya pada Arsenal melebihi segalanya. Beliau rela mengharungi semua itu, asalkan dapat membantu kelab yang sangat dicintainya ini. Maka, Henry tetap menyarung kembali jersi merah putih berlogo meriam ini.
Hasilnya? 6 penampilan-3 shots on target-3 gol termasuk 2 gol kemenangan. Adakah tidak cukup hebat? Lebih dari itu. 2 gol kemenangan ketika menentang Leeds dan Sunderland cukup menyedarkan gua betapa pentingnya Henry pada Arsenal dan betapa berbaloinya kepulangan King ini.
Adakah gelarannya tergugat? Tidak, malah lebih hebat. Rekod jaringannya bertambah. Penghormatan yang diterima semakin meninggi. Peminat semakin sayang. Jadi jika gua ditanya adakah berbaloi risiko yang diambilnya untuk kembali menyarung seragam Gunners? Gua akan menjawab, ‘berbaloi-baloi”.
Inilah secebis kisah tentang cinta dan pengorbanan. Gua bukanlah peminat yang cukup lama bersama Arsenal. Namun setiap kali kamera shot menunjukkan Henry warm up, bulu roma gua dan tegak. Henry masuk padang, berlari, menendang bola dan cuba menjaringkan gol, gua rasa sebak. Dan setiap kali dia menjaringkan gol dalam the most sensational return in modern football history, gua rasa macam nak menangis....kerana memikirkan pengorbanannya terhadap Arsenal......
THIERRY HENRY... BORN TO BE A LEGEND...AND ALWAYS LEGEND.....
wa rase macam nak menangis brooo.. :)
ReplyDeletegiler sedey entry yg neh..
ReplyDeletemenetek-netek air mate aku jatuh..
huhuhuuuu..
ailebiu king henry..
aku dah 2 kotak tisu abes...
ReplyDeleteEpi..kau menetek kat Bomoh ke?hahahaha...
ReplyDeletehahahhaha mahal tau bomoh punyeerrr
ReplyDeleteterbaek. no doubt he is the king.
ReplyDeleteterbaek ! :)
ReplyDelete