Sunday 12 February 2012

Match: Review Sunderland vs Arsenal

Salam Sejahtera.

Maaf lambat memberi review post match Sunderland vs Arsenal. Apa pun, tahniah kepada Arsenal kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi setelah ketinggalan 1-0 pada minit 70.


Starting line up:

Sunderland: Mignolet, Bardsley, Turner, O'Shea, Richardson, Larsson, Gardner, Colback, McClean, Sessegnon, Campbell

Arsenal: Szceszny, Sagna, Mertesacker (Ramsey), Koscielny, Vermaelen, Song, Rosicky, Arteta, Walcott (Arshavin), Chamberlain (Henry), van Persie.

Arsenal memulakan dengan dengan cemerlang, menguasai separuh mata pertama. Namun tiada gol dapat dijaringkan oleh kedua-dua pasukan.

Bermula separuh masa kedua, Sunderland pula rancak mencari gol pendahuluan. Jika tidak kerana Szceszny malam tadi, mungkin Arsenal sudah kalah. Gol yang dicari Sunderland akhirnya berhasil, namun selepas Mertesacker terjatuh dan mengalami kecederaan. Dengan tidak sporting nya, McClean membawa bola dan terus merembat pada minit ke 70. Sungguh takda sportmanship.

Arsenal tersentak dan Wenger membuat pertukaran pemain. Ramsey dimasukkan menggantikan Mertesacker yang cedera dan Song bermain sebagai CB. Ramsey yang tidak berapa nak menjadi game-game sebelum ni, akhirnya menjadi kritikan selepas menjaringkan gol menewaskan Mignolet yang agak cemerlang. Bola terkena tiang kiri dan kanan gol sebelum meleret masuk pada minit ke 70.

Arsenal yang ghairah mencari gol kemenangan akhirnya berhasil, setelah Henry dan Arshavin dimasukkan menggantikan Chamberlain dan Walcott. Cross yang baik dari Arshavin disudahkan Henry pada minit ke 90+1.

Mungkin tidak bergaya seperti menentang Blackburn. Tapi semangat juang yang tinggi ditunjukkan pemain, menunjukkan Arsenal masih mampu membuat comeback macam dulu. Semangat ini diperlukan untuk menentang AC Milan pada Khamis ni.

Semalam dengan kekalahan Chelsea dan Newcastle, Arsenal melonjak ke tangga ke 4 liga. Terbaek!

Man of the match: Korang vote la. Rasanya sama ada Szceszny or Rosicky or Koscielny.

Ni highlight dari footytube.com. Meh layan.



Salam sayang dari MG. (^_^)v

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

2 comments: