Saturday 18 February 2012

Info: Arsenal F.C

oleh : Kipasusahmatiarsenal dgn bantuan wikipedia dan google.

Arsenal F.C. (dikenali sebagai Arsenal atau The Gunners) ialah kelab bola sepak profesional England yang berpusat di utara London. Mereka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi kelab yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak Inggeris. Arsenal telah memenangi tiga belas Divisyen Pertama dan kejuaraan Liga Perdana, sepuluh Piala FA dan telah sampai ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah mereka semasa 2005-06, yang mana mereka telah tewas 1-2 kepada FC Barcelona.

Arsenal Crest

Arsenal telah diasaskan di Woolwich, tenggara London, dalam tahun 1886, tetapi dalam tahun 1913 mereka telah berpindah ke utara merentasi bandaraya itu ke Stadium Arsenal, Highbury, yang mana menjadi rumah mereka sehingga bulan Mei 2006. Dalam bulan Julai 2006 kelab tersebut berpindah Stadium Emirates bertempat duduk 60,000 di Ashburton Grove yang berhampiran. Arsenal mempunyai satu sejarah permusuhan yang panjang dengan jiran Tottenham Hotspur, yang hanya terletak empat batu sahaja di Tottenham, yang mana mereka bermain dalam perlawanan pertembungan London utara.



Stadium Emirates

Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenal sejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenham Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.

Herbert Chapman
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James dan Cliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.

Cliff Bastin

Alex James
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.

Bertie Mee
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cup atas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United ataupun lebih dikenali dengan gelaran Munyet yang hingga kini dianggap sebagai klasik.


Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga. Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu, dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.

Arsene Wenger
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles"keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah. Satu Rekod negara England.

The Invincibles


Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.

Nantikan episod seterusnya (^_^)v

-COYG-
Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

No comments:

Post a Comment