Thursday, 19 July 2012

Depa mai lagi....


Oleh : John Labu


Tora Arsenal datang lagi!! 

Amacam para Gooners semua? dah beli tiket? Gua rasa macam tak dapat pergi la kali ni. Frust gak. Tapi nak buat macam mana? Depa ni pun tak mengagak. Ada ke buat weekdays. Bulan puasa lak tu.

Berdasarkan dari apa yang gua dengar, sale ticket agak slow. Tapi ada gak yang cakap sebaliknya. Entah la. Walaupun tak pergi, gua harap penuh la stadium nanti. Kalau tak ada je spekulasi negatif berunsurkan bodoh yang keluar.

Sesiapa yang ada berita-berita menarik tentang tour ni, harap-harap boleh kongsi la ye..

COYG!


 


Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Friday, 13 July 2012

Kenangan.. Harapan.. Masa depan..

oleh : John Labu



assalamualaikum..lama betul blog ini terbiar bersawang sepi..gua memang betul-betul busy..ditambah pula dengan kekangan sukar mendapatkan akses internet (maklumlah, rumah takde streamix atau broadband..hehehe), maka terbangak-bangaklah blog ini menanti dikemaskini..mohon maaf kepada para pembaca setia Melaka Gooners blog sekalian (kalau ada la..hehehe...)


apa yang kita bincangkan disini? mengimbas kembali pencapaian Arsenal musim lepas? bagi gua, musim adalah musim yang sungguh dramatik bagi EPL..title yang ditentukan hingga ke masa kecederaan perlawanan terakhir..lebih dramatik bagaikan filem Hindustan jika kita nilai cerita team kesayangan kita..huhuhu..


permulaan yang sangat buruk semenjak 58 tahun yang lalu,jual 2 player yang punya pengaruh yang besar ke atas pasukan, hilang kapten (dengan cara yang menjengkelkan),hilang pemain paling berpotensi sepanjang season lepas akibat kecederaan, kalah teruk kepada si setan merah, kalah semua game sepanjang Januari 2012, krisis kecederaan yang menyaksikan kita kehilangan full back untuk tempoh yang agak panjang..ini semua hanya apa yang gua ingat..mungkin korang semua ingat dengan lebih detail lagi..


tak mungkin kita dapat lupakan di suatu waktu, Arsenal terperosok di tangga ke 17 liga..masa ni semua bongok-bongok..yang anti Arsenal kemaen lebat sembang..Arsenal akan tersingkir la..Wenger dah tak relevan la..termasuk la langau-langau kat KPTA tetap di hati puiiiii! terus terang gua cakap, masa tu gua tak gelabah pun..gua rilek sebab gua tau meriam akan kembali meletup..


pembelian secara pukal di minit-minit akhir tingkap perpindahan ditutup merupakan satu tindakan yang mengejutkan semua pihak. 5 orang sekali borong dan semuanya player yang berpengalaman. gua melihat tindakan ini sebagai satu langkah bijak oleh Le Prof yang menyebabkan kita mampu kembali bernafas. sejak dari itu, kita kembali bertatih mendaki liga. hasilnya, tempat ke tiga yang menyebabkan semua orang terlopong mulut terbuka dengan hasil yang ditunjukkan oleh Wenger dan skuadnya. mengambil kira setiap aspek dari awal musim, apa yang telah Wenger buat secara peribadi gua simpulkan sebagai kerja gila! tapi nyata berhasil..


musim lepas juga menyaksikan orang yang cukup lama berkhidmat untuk kelab meriam ini bersara..Pat Rice..memulakan karier di Arsenal FC sebagai pemain, beliau meneruskan bakti sebagai staff kejurulatihan..44 tahun dia mendambakan diri dan akhirnya, beliau rasa telah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal..terima kasih Pat Rice atas segala jasa dan bakti..seronok tengok kau kena lambung-lambung dek players masa last game tu..


so, itu adalah kenangan sepanjang season lepas..yang seronoknya, walaupun senak perut mengharungi pelbagai dugaan, kita tetap mampu duk atas Spuds..muahahahaha..burung tetap burung..Mind The Gap!!!


apa pula harapan kita untuk musim 2012/2013 ni? jersi dah konfem..Podolski & Giroud pun dah konfem..sedikit yang merosakkan keghairahan nafsu adalah berita Van The Man yang tak nak sambung kontrak..hmmmmm...pendapat peribadi gua, itu adalah hak RVP sebagai pemain. siapa yang taknak cup? itu adalah penting bagi seorang pemain..begitu juga faktor gaji..karier mereka tak panjang mana..so gaji yang lumayan sememangnya penting untuk menghadapi masa depan..tapi sebagai peminat Arsenal, gua tak boleh nafikan sedikit perasaan terkilan dan kecewa bersarang di lubuk hati gua. pada gua lah, kemon RVP..Wenger ambik lu masa lu jadi pemain buangan di Feyenoord (betul ke gua eja ni). 50% dari tempoh karier lu dihabiskan di wad rawatan. itu pun Wenger tak jual lu murah-murah sebab dia percaya lu. takkan lu tak fikir semua ni kot..yes, lu meletup season lepas..tapi boleh ke lu maintain performance macam ni kat kelab lain? lu tengok je apa nasib lu kat skuad Belanda..tapi tulah, sebagai peminat yang takde apa-apa, siapaalh gua untuk RVP dengar semua ni..keputusan adalah milik mutlak dia. sebagaimana kita redho dengan pemergian players sepanjang sejarah klab ni, macam tu juga lah gua redho kalau betul RVP memang dah takde hati..HEROES COMES AND GO..OUR PASSION IS FOREVER..


kita buka pula buku EURO 2012 jap..semua player Arsenal yang mewakili negara masing-masing tak menjadi..dari RVP sampailah Podolski..harap-harap prestasi tak best ni tak melekat la bila buka season baru nanti..patutnya diorang 'hantam' betul-betul..balas dendam sebab out kat EURO..hehehehe...


apapun, gua harap kita fan Arsenal khusunya Melaka Gooners, kita jadilah fan yang rasional dan matang..jangan meroyan tak tentu hala bila kalah..jangan tepuk dada atas gunung bila menang..kalah menang, ini hanyalah permainan bolasepak..ini bukan agama yang perlu mati-matian kita perjuangkan..rilek je bro..jangan jadi macam fan kelab yang satu tu..ramai orang benci bukan sebab kelab tu, tapi sebab fan dia yang bak kata orang Melaka, macam lakanat! hahahahaha...


itulah sedikit sebanyak yang dapat gua taipkan di petang yang kudus ini..hehehe..semoga gua diberi kesempatan untuk terus menulis pada masa-masa akan datang..


COYG!


p/s : gua harap sangat MGians semua dapat memberi ulasan/berbalas komen kat ruangan komen..gua lihat ni sebagai satu cara untuk meriahkan sikit blog ni..terima kasih..

Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG

Friday, 16 March 2012

Post Match: Arsenal vs Newcastle

oleh: matalebamtengokmatchArsenal


Kita menang lagi! Comeback 4 kali berturut-turut. Arsenal memang suka cipta rekod. 49 game tanpa kalah dalam EPL dan kali ni, 4 kali comeback pas kena tinggal. Gua bangga jadi fan Arsenal.

Maaf gua lambat. Kesibukan gua langsung membatasi sedikit sebanyak masa gua untuk buat review. Internet yang tak stable di rumah gua pun punca kenapa gua lambat. Terima kasih gua ucapkan kat John Labu sebab cover 2 review match untuk fellow Melaka Gooners.

Gua risau sebenarnya bila nak lawan Newcastle ni. Sebab dengan Ba yang on form, dan Newcastle pulak dekat top 8, gua risau. Nak nak selama 3 game sebelum ni, Arsenal menang dengan comeback. Gua cuak tapi gua menaruh harapan yang Arsenal boleh menang.


Sepanjang 10 minit pertama Arsenal je yang buat serangan. 2 kali kapten VanTastic gagal menjaringkan gol. Gua cakap dengan kawan-kawan seangkatan gua, 3rd chance, confirm RvP score. Tapi malang, Newcastle dengan serangan pertama dah gol. Hatem Ben Arfa dengan rembatan kaki kiri berbisa. Tapi, tak sampai seminit, untuk chance kali ke 3, RvP tunjuk kaki kiri dia lagi berbisa dari Ben Arfa. Gua dah koba tadi.



Tim Krul pulak main macam masa dah nak habis. Delay goal kick, delay game, tangkap lambat apa bagai. Bukan setakat gua je menyirap, RvP pun menyirap beb. Half time, score satu sama. RvP pegi belakang minum air sirap banyak-banyak sebab menyirap dengan Tim Krul.

Second half start dan Newcastle ada buat counter attack guna Obertan. Tapi Obertan ni yang Setan Merah Rejects memang teragak-agak bila dah kat depan. Patah balik belakang. Apa ingat defend Arsenal cap ayam ke? Tak dapat la beb. Confirm angle suma dah tutup. Kalau dah produk Setan Merah reject, mesti tak terer.

Rosicky pun ada try dengan flick header, tapi Krul still dapat save. AOC pulak mengadu kena siku dengan Tiote tapi Howard Webb"site" tak nampak. AOC ada try dengan chest dan merembat tapi sayang, melayang. Arteta punya shot kena block. Tapi gua minat bila Arteta passing kat RvP, RvP first timer walaupun tak gol, tapi memang cantek. Cantek gila. Kalau gol, lagi cantek.

Walaupun Krul ni suka buang masa, tapi bila Arsenal attack, dia mesti save. Rosicy "the little Mozart" ada bagi satu passing yang cantek gila kat RvP tapi sayang Krul ada. Tension gua. Gempak pulak dia malam ni. Hampeh sungguh. Berbulu gua macam Cinta Muka Bulu. Rosicky ada lagi satu try tapi kali ni memang ke laut. Walcott dribble memang cantik terbaik the bomb, tapi Rosicky rembat dengan kaki kiri dan out. Kalau dia guna kaki kanan, memang confirm gol. Bukan corner ke laut dia rembat, tapi sampai ke line throw in. RvP pun ada chance yang ke laut, tapi sebab dia rembat dengan kaki kanan. Same kes je dua-dua nih.

Bila AW ganti AOC dengan Gervinho, dan Ramsey dengan Rosicky, ada baiknya. Tambah extra width sebab AOC masuk tengah selalu. Rosicky nampak letih je. Tapi left back Newcastle dari first half sampai second half, memang kena "rogol" memanjang dengan Walcott, Sagna, Gervinho, Ramsey. Bak kata orang kita, lubuk. Gervinho mensia-siakan peluang bila free kick Arteta gagal dibawa keluar dengan sempurna defender Newcastle. Bola jatuh betul-betul depan Gervinho tapi dia rembat dengan kaki kiri, tak on target pun. Kecewa. Berapa banyak kali attack, berapa banyak chance, gua pun tak boleh nak kira. Tapi tiap kali Arsenal attack, harapan gua untuk tengok gol ke dua menggunung tinggi.

Minit 90. Extra added time 5 minit. Vermaelen header dengan cross dari Song. Memang cantik. Sangat cantik. Tapi apakan daya, Krul masih lagi jadi penghalang untuk gol ke dua. Szceszny aku rasa boleh main PSP ataupun main twitter sebab bosan. Haha.

Serangan bertali arus dari Arsenal dengan shoot dari Gibbs dan Walcott tak membuahkan hasil. Tapi dengan semangat juang yang ada ni la, Arsenal masih lagi serang bertali arus. Akhirnya, minit ke 90+4, Verminator merembat masuk bola hasil hantaran Walcott. 2-1! Terbaek gila football display. Serangan demi serangan tak mematahkan semangat player. Akhirnya usaha keras Arsenal berjaya. Kita menang 2-1. Yang paling best, lepas Arsenal leading, RvP boleh cakap dengan Krul, wasting time lagi, wasting time lagi in Dutch. Terbaek main psiko. Memang layak memegang amanah dan lilit hitam seorang kapten.




Gap 12 point dengan Spuds sekarang tinggal 1 point. Mari bersama doakan diorang boleh maintain form dengan baki 10 match lagi. Suara gua serak sebab jerit gol Vermaelen. Gua bagi highlight kat bawah ni, korang tengok la sendiri. Terbaik.

Mana bangang-bangang KPTA yang nak suruh pecat Wenger tuh? Berani bersuara ke? Bak kata bebal-bebal KPTA, Wenger dah tak relevan. Tak relevan ke? Ni semua jenis tak tahan kena kutuk, baca Metro pastu meroyan, baca rumours pastu meroyan. Apa pun, gua rasa chance untuk dapat no 3 tuh, masih lagi ada sinar harapan. Ntah-ntah, Arsenal no 3, Chel$ea no 4, Spuds no 5. Mungkin. Kalau Arsenal no 2 pun tak mustahil. kan?

Korang layan la highlight kat bawah ni.


Once a Gooner, Always a Gooner. #COYG